Kata Pujangga Prof Dr. Hamka
" Ketika pintu di bumi sudah tertutup segalanya, pintu ke langit sentiasa terbuka."
Firman Allah yang bermaksud,
" Jika hambaKu bertanyakan kamu tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku sentiasa mendengar permohonan doa tatkala berdoa kepadaKU. Oleh sebab itu, waharlah mereka sahut seruanku dan beriman denganku. Semoga mereka beroleh petunjuk."
Sebuah rangkap syair,
"Allah SWT murka jika engkau tidak memohon kepadaNYA
Sebaliknya manusia murka apabila engkau sering minta daripadanya."
~Doa merupakan satu senjata paling utama bagi orang mukmin. Tapi kadang kita leka dan lupa untuk berdoa. Itulah yang telah terjadi padaku pada minggu ini. Aku sering kali terlupa untuk meminta dan memohon kepada Allah. Ya Allah, ampunkanlah dosa hambaMu ini.
~Lantara leka dan lupa itu, aku dilanda kemurungan, kesedihan, kejatuhan air mata tanpa henti, tekanan perasaan dan berbagai sifat mazmumah terus menyerang sehinggakan aku mendatangkan amarah imamku. Ya Allah, begitu senang Engkau mendatangkan ujian pada diri ini,tetapi diri ini lupa untuk memohon bantuan dariMu. Tapi ya ALlah, begitu baiknya Engkau kerana dalam kealpaanKu Engkau tetap memberi nikmat hidup, kasih sayang, makanan kepada diri ini. Ya Allah, ampunkan hamba ini kerana terlalu leka dan lupa untuk memohon daripadaMU.
~ Ramadhan kian hampir, tapi aku semakin menjauh dariMu.Ya Allah, aku tidak tahu adakah aku mampu beroleh pahala berlipat ganda atau tidak pada Ramadhan kali ini. Benar sekali pesan imamku semalam untuk mengambil segala yang terjadi sebagai muhasabah untuk diri sendiri. Tapi aku endahkan saja pesanannya kerana terlalu mengikut hati dan emosi yang tak menentu. Buat imamku, pemimpin imanku, maafkan diri ini kerana mengabaikan nasihatmu. Setianya dirimu memberi nasihat, menegur salah silap ku, menenangkan kegelisahan ku, tapi diri ini hanya mementingkan diri sahaja tanpa ambil peduli apa yang dirimu lalui di sana. Besar sungguh dosa yang telah aku lakukan. Hadirnya diri ini dalam hidupmu lebih banyak mengundang amarahmu daripada tawamu. Lebih banyak menyumbang kesusahan daripada kebahagiaan. Duhai imamku, maafkan diri ini, redhailah kehidupan ku, halalkan makan minumku,doakanlah diri ini moga sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah. Duhai pemimpin hati dan imanku, pohon ampun darimu kerana sering mendatangkan amarah dalam dirimu.
~Ya Allah, aku mohon keampuanan daripadaMu atas segala dosa yang telah aku lakukan baik sengaja atau tidak, dirancang atau tidak,sedar atau tidak. Ya Allah, aku pohon diberikan kekuatan dalam menghadapi segala ujian yang melanda. Ya Allah, hamba ini hamba yang berdosa,leka, lalai dan alpa dalam menghayati zat kebesaranMu, dalam mengerjakan ibadah dan taat perintahMu. Ya Rahman, Ya Rahim, Engkau Maha Pengasih, Maha Penyayang, rahmatilah kehidupan kami sekeluarga. Lindungilah kami dari malapetaka dunia dan akhirat. Jadikan hati kami sentiasa berada di jalanMu yang lurus dan benar. Ampunilah kami, rahmatilah kami, redhailah kehidupan kami.
~Semoga Ramadhan yang akan tiba, kita semua beroleh kejayaan dunia dan akhirat. Selamat menyambut Ramadhan 1431H. Jadikan Ramadhan ini seolah-olah Ramdhan yang terakhir buat kita.
No comments:
Post a Comment