i'm in love...

Daisypath Anniversary tickers

our beloved son....

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Wednesday, February 20, 2013

~Syurga / Neraka ? ~

Salam sejahtera pembaca sekalian. Semoga di dalam rahmat dan kasih sayang Allah.

~ Buka akaun twitter, terlihat tweet seseorang mengenai amal solah. Beliau mengatakan bahawa membuang sampah betul pada tempatnya juga dikira amal soleh. Sungguh benar apa yang dikata. Sebagai hamba Allah dan umat Nabi SAW, seharusnya meletakkan segala tingkah laku yang dibuat dalam pemerhatian Allah ( tengah tulis blog terfikir pula tulisan ni  akan diperhatikan). Sebagai muslimah terutamanya setiap langkah, gerak geri, tutur kata perlu diingatkan sentiasa diperhati oleh Allah.

~ Saya tersentak dan terfikir bila mana ada yang menyatakan sesuatu yang negatif mengenai diri saya. Allahu. Bagaimana pula pandangan Allah pada diri ini? Dia maha melihat dan maha mengetahui. Manusia sekadar melihat secara kasar, tapi menilai diri ini jauh hina. Kalau sudh hina di mata manusia biasa, apatah lagi di mata maha melihat.

~ 19.02.2013
Luahan hati ibu yang berkecil hati dengan sikap anaknya sangat menyentap hati. ALLAHU. Redha Allah bergantung pada redha ibu dan ayah. Doa ibu sangat makbul. Hilang nikmat dunia dan jalan yang baik sekiranya ibu telah tiada di dunia. Kata-kata kasar sangat membuat hati seorang ibu terluka. Titis air mata ibu yang jatuh boleh menyebabkan kita ke neraka. Anak lelaki terutamanya, taatnya tetap ada ibu walau dia beristeri empat sekali pun, beranak sepuluh sekali pun. Ibunya tetap perlu disanjung dan dijaga hatinya. Perempuan bila bersuami taatnya pindah kepada suami. Itu beza anak perempuan dan lelaki. Pilihlah suami yang mana menjadi anak yang mengutamakan dan menjaga hati ibunya dalam segenap hal selagi tidak menyalahi agama. Jangan pilih suami yang mengherdik ibunya kerana dia akan turut menyakitkan hatimu wahai perempuan. Tapi tulusnya hati seorang ibu bila mana berkecil hati dan sakit hati tetap jua memaafkan anaknya kerana khuatir anaknya jatuh derhaka. ALLAHU. Mulianya dirimu duhai ibu. Ibu berusaha menjaga hati anak-anaknya walaupun ada yang mengganggap dirinya tidak adil. Tapi anak yang ramai belum mampu membahagiakan hati seorang ibu. Ya Allah engkau ampunkan dosa ibu-ibu dan ayah-ayahku, tempatkab mereka di syurga, permudahkan urusan mereka, kurniakan kesihatan.yang baik kepada mereka, rahmati,redhaiah kehidupan mereka.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Wednesday, February 6, 2013

~ Hati yang paling dalam ~

Tiada apa yang mampu aku berikan
Andai jalan itu mampu buat engkau bahagia, teruskanlah
Kerna jauh di sudut hatiku ingin melihat dan merasa kebahagiaan yang dicari

Andai jalan itu jalan ke syurgaNya
Kenapa perlu aku menangis
Padahal keindahan tak terjangkau sudah Dia sediakan
Tiada bandingnya cinta Allah buat hamba

Bukan aku menolak kenyataan itu
Cuma hati rasa sakit dan pilu
Resahnya,gelisahnya, sugulnya aku yang memandang
Menitis air mataku melihat dia begitu

Allah kasih, Allah sayang
Allah pilih hamba yang terbaik
Bukan untuk bersenang lenang
Tapi untuk merasa manisnya iman
Dengan ujian dan cabaran yang tak pernah kurang

Ku titipkan dalam hati
Aku punya kekurangan
Manakan mampu kurniakan keindahan dan kebahagiaan
Andai itu limpahkan cahaya kehidupan untuknya
Apa dayaku untuk tenggelam dalam kesedihan

Doa ku buatnya tak pernah lekang
Kerna aku masih punya rasa kasih dan sayang

¤Moga Allah sentiasa kurniakan rahmat dan redha dalam kehidupan kami seharian¤

Published with Blogger-droid v2.0.9

Monday, February 4, 2013

~Kekasih yang utama~

Salam sejahtera buat semua pembaca.

~ Maulidur rasul kembali menjengah. Sibuk di sana sini mengingatkan kembali sirah rasul serta pengorbanannya. Tarikh 12 rabiulawal merupakan tarikh keramat buay umat islam,kerana pada tarikh itu lahirlah seorang pemimpin agung, pemimpin yang tiada bandingan. Setiap kali munculnya tarikh ini, pelbagai progran diadakan. Perarakan maulidur rasul, ceramah, pertandingan dan macam- macam lagi.

~ Tetapi, adakah di kalangan semua umat islam yang meraikannya rindu akan rasulnya.? Atau sekadar mengambil enteng dan hanya menikmati cuti am yang diberi? Sejauh mana kita kenal rasul, sayang rasul, rindu rasul dan cinta rasul? Sehebat mana kita melakukan sunnahnya? Bagaimana kita membawa nama islam di muka bumi ini?

~ Setelah berlalu beberapa minggu maulidur rasul, masihkah kita berselawat kepada baginda? Ingin sekali bertemu baginda dalam mimpi. Allah..bagaimana caranya? Layakkah hamba ini? Di kala resah gelisah, ingin sekali mendapatkan peluang untuk bertanya permasalahan kepada baginda. Rindunya kepada Rasul Allah.

~ Aku kembali kacau bilau, resah gelisah. Hilang tumpuanku saat solat, saat bekerja di rumah. Sering memikirkan masalah yang bukan di dalam jangkauan akal dan zahirku. Di saat ini sangat aku perlukan kata nasihat yang keluar dari Rasul Allah kerana baginda paling maksum dan paling dekat dengan Allah. Pasti baginda punya kata hikmah yang boleh menguatkan emosi mental fizikalku.

~ Allahummasollialasaidinamuhammad. Rinduku pada Rasul Allah, cintaku pada Rasul Allah akan ku salurkan denga selawat ke atas mu kekasih Allah.

Published with Blogger-droid v2.0.9