i'm in love...

Daisypath Anniversary tickers

our beloved son....

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Tuesday, August 10, 2010

~Ramadhan Datang Lagi~


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca.

~Ramadhan datang kembali. Bulan yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam setiap tahun. Bulan penuh keberkatan, penuh keampunan, penuh pahala. Tapi mampukah kita beroleh segala yang telah dijanjikan oleh Allah dalam bulan ini. Semoga kita sama-sama berebut pahala dan rahmat yang ditabur olehNYA dari awal hingga akhir Ramadhan.

~Tahun ini merupakan tahun pertama berpuasa sebagai suami isteri tapi apakan daya, kami tetap berpuasa berjauhan. Seorang ke hulu, seorang ke hilir. Di hujung ramadhan apabila bermulanya cuti sekolah sahaja dapat melalui puasa sebagai suami isteri. Besar dugaan Allah buat kami, tapi entah2 ada lagi insan yang menerima dugaan lebih dari kami. Ya Allah, tabahkan hati kami, sabarkan iman kami dengan segala dugaan yang mendatang sepanjang Ramadhan ini. jadikanlah Ramadhan ini yang terbaik buat kami dalam bergelar suami isteri.

~Tahun ini, aku akan berpuasa di SK Long Sepiling, tempat bermulanya khidmatku sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan atau lebih dikenali sebagai GURU. Tempat yang dengar khabarnya tiada penduduk Islam. Bagaimanakah keadaanku di sana nanti dengan ditemani ibunda tercinta? Moga pengalaman berpuasa di tempat baru ini akan meningkatkan lagi takwa dan iman hamba Allah ini.

~ Buat suamiku, imamku, pemimpinku dunia akhirat, semoga Ramadhan kali ini kita beroleh rahmat, redha dan bertemu Lailatul Qadar. Moga jarak yang memisahkan kita tidak akan mematahkan semangat, iman dan takwa kita dalam melayari 'masjid' yang telah kita bina. Ya Allah, kekalkan rasa kasih, sayang, cinta dan kesetiaanku biarpun berjauhan darinya. Ya Rahman, ya Rahim, aku pohon kepadaMu agar ramadhan ini kami mampu beroleh pahala dan rezeki berlipat ganda dariMu.Ya Mussowir, kurniakan kami kesabaran dan ketabahan hati menempuh segala tohmahan dan cacian dari hamba-hamba Mu. Biarlah tohmahan dari manusia, jangankan kami mendapat tohmahan dan cacian dariMu. Aku pohon redha dan rahmat Mu untuk kami semua.

~Buat umat Islam, selamat berpuasa. Selamat menahan hawa nafsu, menahan diri dari makan dan minum, menahan telinga dari mendengar perkara yang tidak elok, menahan mulut dari mencaci, menghina, mengumpat dan mengkeji. Ya Allah, jadikan mata kami, telinga kami, mulut kami, tangan dan kaki kami jauh dari segala kemaksiatan dan kami hanya berbuat kebaikan. Moga Ramadhan 1431 H inilah Ramadhan yang terbaik buat kami hambaMu.

Sunday, August 8, 2010

~08.08.2010




Kata Pujangga Prof Dr. Hamka
" Ketika pintu di bumi sudah tertutup segalanya, pintu ke langit sentiasa terbuka."

Firman Allah yang bermaksud,
" Jika hambaKu bertanyakan kamu tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku sentiasa mendengar permohonan doa tatkala berdoa kepadaKU. Oleh sebab itu, waharlah mereka sahut seruanku dan beriman denganku. Semoga mereka beroleh petunjuk."

Sebuah rangkap syair,
"Allah SWT murka jika engkau tidak memohon kepadaNYA
Sebaliknya manusia murka apabila engkau sering minta daripadanya."

~Doa merupakan satu senjata paling utama bagi orang mukmin. Tapi kadang kita leka dan lupa untuk berdoa. Itulah yang telah terjadi padaku pada minggu ini. Aku sering kali terlupa untuk meminta dan memohon kepada Allah. Ya Allah, ampunkanlah dosa hambaMu ini.

~Lantara leka dan lupa itu, aku dilanda kemurungan, kesedihan, kejatuhan air mata tanpa henti, tekanan perasaan dan berbagai sifat mazmumah terus menyerang sehinggakan aku mendatangkan amarah imamku. Ya Allah, begitu senang Engkau mendatangkan ujian pada diri ini,tetapi diri ini lupa untuk memohon bantuan dariMu. Tapi ya ALlah, begitu baiknya Engkau kerana dalam kealpaanKu Engkau tetap memberi nikmat hidup, kasih sayang, makanan kepada diri ini. Ya Allah, ampunkan hamba ini kerana terlalu leka dan lupa untuk memohon daripadaMU.


~ Ramadhan kian hampir, tapi aku semakin menjauh dariMu.Ya Allah, aku tidak tahu adakah aku mampu beroleh pahala berlipat ganda atau tidak pada Ramadhan kali ini. Benar sekali pesan imamku semalam untuk mengambil segala yang terjadi sebagai muhasabah untuk diri sendiri. Tapi aku endahkan saja pesanannya kerana terlalu mengikut hati dan emosi yang tak menentu. Buat imamku, pemimpin imanku, maafkan diri ini kerana mengabaikan nasihatmu. Setianya dirimu memberi nasihat, menegur salah silap ku, menenangkan kegelisahan ku, tapi diri ini hanya mementingkan diri sahaja tanpa ambil peduli apa yang dirimu lalui di sana. Besar sungguh dosa yang telah aku lakukan. Hadirnya diri ini dalam hidupmu lebih banyak mengundang amarahmu daripada tawamu. Lebih banyak menyumbang kesusahan daripada kebahagiaan. Duhai imamku, maafkan diri ini, redhailah kehidupan ku, halalkan makan minumku,doakanlah diri ini moga sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah. Duhai pemimpin hati dan imanku, pohon ampun darimu kerana sering mendatangkan amarah dalam dirimu.

~Ya Allah, aku mohon keampuanan daripadaMu atas segala dosa yang telah aku lakukan baik sengaja atau tidak, dirancang atau tidak,sedar atau tidak. Ya Allah, aku pohon diberikan kekuatan dalam menghadapi segala ujian yang melanda. Ya Allah, hamba ini hamba yang berdosa,leka, lalai dan alpa dalam menghayati zat kebesaranMu, dalam mengerjakan ibadah dan taat perintahMu. Ya Rahman, Ya Rahim, Engkau Maha Pengasih, Maha Penyayang, rahmatilah kehidupan kami sekeluarga. Lindungilah kami dari malapetaka dunia dan akhirat. Jadikan hati kami sentiasa berada di jalanMu yang lurus dan benar. Ampunilah kami, rahmatilah kami, redhailah kehidupan kami.

~Semoga Ramadhan yang akan tiba, kita semua beroleh kejayaan dunia dan akhirat. Selamat menyambut Ramadhan 1431H. Jadikan Ramadhan ini seolah-olah Ramdhan yang terakhir buat kita.

Saturday, August 7, 2010

i need you!!!





















~hari2 menitiskan air mata..apa nak jadi..seriously i'm really sad..really sad with every news that i got..

~today my great grandmother passed away..after my marriage, i didnt meet she, then just now i know, she has meet The Creator..may Allah bless her..al fatihah..

~other thing that make me sad, is ........hmmm...hopefully i could accept n get what i want in the future...really sad..cry n cry n cry...

~during this pressured time, i really need him to console me..to hug me..to calm me down..to hear his advice..i hope that he always pray for me that i'll be strong facing those problems...

~Ya Allah, ampunkan daku kerana mudah menangis dan bersedih..hati ini sungguh lemah masa ketika ini.. Ya Allah, bantulah aku, murahkan rezeki kami, jadikan hati kami bertaut hanya keranamu..Ya Allah, bimbinglah hati ini agar terus redha atas segalanya..

Sunday, May 9, 2010

090510


Ya Allah, kecewanya aku mendengar berita yang aku terima baru sekejap tadi.
Ya Allah, hancur hatiku mendengar berita itu.
Ya Allah, apakah ini salah satu ujian dan dugaan yang Engkau berikan kepadaku supaya aku mampu menjalankan tanggungjawab ku dengan lebih baik?.
Ya Allah, ilhamkan aku ilmu dan idea supaya aku mampu membantu menyelesaikan masalah dan berita yang diterima.
Ya Allah yang Maha Mengetahui Segala Sesuatu, aku pohon padaMu ya Allah, agar aku bisa menyenangkan hatinya dengan ilham yang Engkau kurniakan.
Ya Allah, Engkau Maha Mengatur Segala Pintu Rezeki kami, permudahkanlah kami dalam mencari rezeki.
Ya Allah, Maha Pemberi Rezeki, Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, murahkanlah rezeki kami.
Ya Allah, Maha Mengasihi, Maha Mengatur Jodoh dan Pertemuan, Engkau rahmatilah kedua ibu bapa kami, adikberadik kami, yang jauh di mata. Tidak ada dayaku ya Allah, selain mendoakan mereka ya Allah. Aku tidak mampu berada di sisi mereka untuk membahagiakan mereka,.Doa yang aku panjatkan sahaja mampu ku hadiahkan untuk mereka setiap hari.
Ya Allah, Engkau Maha Mendatangkan Penyakit dan Maha Penyembuh Penyakit, aku pohon padaMu ya Allah, moga Engkau kurniakanlah kesihatan yang baik kepada suamiku, orang tua kami, adik beradik kami, guru-guru kami, sahabat2 kami,.Moga mereka mampu beribadah dengan lebih tekun kepadaMu dengan kesihatan yang ada..
Ya Allah, aku mohon ampun padaMu ya Allah kerana terlalu banyak meminta dariMu ya ALlah..Tapi ya ALlah tidak ada yang lain tempat untuk aku memohon dan meminta melainkan diriMU ya Allah kerana sesungguhnya Engkaku Maha Berkuasa atas Segala Sesuatu..
Ya Allah, perkenankanlah permohonanku ya Allah..
Syukran Ya Allah...

Monday, January 25, 2010

Luahan hati

Bila berada dalam keadaan tertekan, hati ini selalu mengingatkan bahawa itu semua dugaan dari Allah. Allah nak tengok sejauh mana hati ini cekal menghadapi ujian dan cabaran sebagai seorang guru. Tapi jauh di sudut hati, ingin sekali menngadu pada insan yang bergelar suami. Ingin berkongsi cerita dan pengalaman. Ingin mendengar kata-kata motivasi dan nasihat darinya. Ya Allah, aku perlukan kekuatan hati, fizikal dan mental untuk menempuhi hari esok. Aku berharap doa suamiku sentiasa menngiringi hari-hariku. Moga aku boleh menjadi seorang guru seperti dirimu.

Benarlah mendidik bukan kerja yang senang. Kita merancang, tetapi bila berada di kelas, lain yang jadi. Tapi itu bukan beerti kita gagal, tapi kita sedang belajar. itu yang selalu aku pesan pada diriku. Kita merancang, tp ingat Allah yang menentukan. Bukan senang nak membentuk pelajar. teringat saat aku bergelar seorang murid dahulu. Dicubit sekiranya tidak membuat kerja rumah. Didenda jika bercakap bahasa Melayu sewaktu kelas bahasa Inggeris. Adakah aku boleh menjalankan dendaan seperti itu pada masa sekarang.Mungkin tidak,. Jika anak dicubit, guru dipersalahkan. Jika didenda duit, guru dituduh makan duit murid. Aku buntu sekarang. Ingin rasa untuk berundur diri. tp kiranya aku berundur diri, bermakna aku kalah pada dugaan yang sekecil ini. aku musnahkan harapan orang tersayang yang mengharapkan aku keluar menjadi seorang guru.Perancangan demi perancangan untuk kelas yang akan datang, tp aku masih jumpa jalan buntu. Ya Allah, dosa apakah yang menyelubungi aku sehingga aku sukar menemui jalan yang betul bagi mendidik anak didikku.

Mungkin usaha aku belum setimpal dengan apa yang aku inginkan. Mulut berkata tapi tidak melakukan. Allah menguji keimananku, kesabaranku, ketakwaanku dalam menjalankan tugas mulia ini. Ya Allah, aku pohon padaMu agar hati ini sentiasa berserah dan bertawakal kepadaMu dalam apa jua pekerjaanku. Jadikan hati ini bersyukur dengan segala yang Engkau berikan kepadaku. UjianMu sungguh berat,.Pohon agar diri ini mampu menghadapinya..

Saat kerisauan dan tekanan seperti ini, ingin sekali mendengar suara yang tercinta. ingin sekali berbual dengan penawar hati. Dugaan demi dugaan.. selepas dua minggu menjadi isteri, aku berpisah dengan suami. saat mula praktikum, aku tidak dapat berhubung dengannya seperti biasa. Allah betul-betul menduga hati dua insan ini. Aku tahu, pasti hikmah jauh dan jarang berhubung akan membuah satu kerinduan dan kasih sayang yang amat bermakna dalam hubungan ini. Engkau jadikan hati ini hanya bertaut kerana kasih dan cintakan Mu, ya Allah. Syukran ya Allah atas ujian yang tidak terduga ini. moga kami lebih beriman dari hari ke hari amiin..

p/s: jiwa kacau yang sedang merapu apa ntah...huhuh...