Benarlah mendidik bukan kerja yang senang. Kita merancang, tetapi bila berada di kelas, lain yang jadi. Tapi itu bukan beerti kita gagal, tapi kita sedang belajar. itu yang selalu aku pesan pada diriku. Kita merancang, tp ingat Allah yang menentukan. Bukan senang nak membentuk pelajar. teringat saat aku bergelar seorang murid dahulu. Dicubit sekiranya tidak membuat kerja rumah. Didenda jika bercakap bahasa Melayu sewaktu kelas bahasa Inggeris. Adakah aku boleh menjalankan dendaan seperti itu pada masa sekarang.Mungkin tidak,. Jika anak dicubit, guru dipersalahkan. Jika didenda duit, guru dituduh makan duit murid. Aku buntu sekarang. Ingin rasa untuk berundur diri. tp kiranya aku berundur diri, bermakna aku kalah pada dugaan yang sekecil ini. aku musnahkan harapan orang tersayang yang mengharapkan aku keluar menjadi seorang guru.Perancangan demi perancangan untuk kelas yang akan datang, tp aku masih jumpa jalan buntu. Ya Allah, dosa apakah yang menyelubungi aku sehingga aku sukar menemui jalan yang betul bagi mendidik anak didikku.
Mungkin usaha aku belum setimpal dengan apa yang aku inginkan. Mulut berkata tapi tidak melakukan. Allah menguji keimananku, kesabaranku, ketakwaanku dalam menjalankan tugas mulia ini. Ya Allah, aku pohon padaMu agar hati ini sentiasa berserah dan bertawakal kepadaMu dalam apa jua pekerjaanku. Jadikan hati ini bersyukur dengan segala yang Engkau berikan kepadaku. UjianMu sungguh berat,.Pohon agar diri ini mampu menghadapinya..
Saat kerisauan dan tekanan seperti ini, ingin sekali mendengar suara yang tercinta. ingin sekali berbual dengan penawar hati. Dugaan demi dugaan.. selepas dua minggu menjadi isteri, aku berpisah dengan suami. saat mula praktikum, aku tidak dapat berhubung dengannya seperti biasa. Allah betul-betul menduga hati dua insan ini. Aku tahu, pasti hikmah jauh dan jarang berhubung akan membuah satu kerinduan dan kasih sayang yang amat bermakna dalam hubungan ini. Engkau jadikan hati ini hanya bertaut kerana kasih dan cintakan Mu, ya Allah. Syukran ya Allah atas ujian yang tidak terduga ini. moga kami lebih beriman dari hari ke hari amiin..
p/s: jiwa kacau yang sedang merapu apa ntah...huhuh...
salam rindu dari kejauhan.. dari suamimu yang jauh dair mata..dekat dihati..
ReplyDeletesayangku, bukan mudah hendak menjadi guru yang cemerlang.. memerlukan dedikasi yang berpanjangan. ISTIQAMAH.. itulah word yang paling sesuai untuk menerangkan tujuanmu.. dalam berjuang memerlukan banyak pengorbanan. jalan yang dilalui penuh berliku. Setiap ranjau yang dilalui, pasti punyai dugaan yang hebat. tetapi, hakikat perjuangan bukanlah terletak kepada berjaya atau tidak kita melepasi dugaan tersebut, tetapi bagaimana cara kita melalui dugaan tersebut...
Allah mahu mengujimu, sama ada dirimu meletakan usaha setanding tidak dengan tawakal mu terhadapNya. jika dirimu mengatakan bahawa telah berusaha dengan sebaiknya, maka tiadalah usaha bagimu kerana sebenarnya dirimu hanya menipu dirimu dengan usaha yang sia-sia. Usaha adalah menjadi setiap satu kerja adalah amanah dan tanggungjawab yang Allah kenakan ke atas hambaNya..
Sayangku.. bangkitlah dari mimpi yang penuh khayalan itu. Bangkitlah ketika semua manusia masih selesa di dalam selimutnya. pohonlah hidayah dariNya.. kerana Dia lebih mengetahui apa yang kamu tidak ketahui sayangku.. jalan itu ada di situ. cuma kita 'buta dalam terang'..
bukan senang hendak menjadi seorang guru sayangku.. Seorang mua'lim memerlukan kprihatinan dan peribadi Rasulullah s.a.w. Biarpun sedikit contoh dapat kita ikuti, itu sudah memadai kerana kita hanyalah umatnya sedang baginda adalah kekasihNya.. maka berusahalah ke arah itu, maka kau akan temui penyelesaian.. Sesungguhnya, kebahagian dan kepuasan seorang guru adalah melihat produk yang dihasilkan adalah produk yang terbaik!!
didiklah anak murid mu dengan kasih sayang.. Allah suka manusia hidup berkasih sayang.. gunakan naluri keibuan mu dalam mendidik anak-anak ini. jangan gunakan kekerasan keran kekerasan itu hanyalah perbuatan yang sia-sia melainkan kekerasan untuk mencegah kemungkaran. Gunakan imanmu dalam melihat, bertindaklah mengikut akalmu, dan hasilnya akan menjadi sebuah pendidikan yang berteraskan kerohanian..
maka aku sebagai suamimu mendoakan kesejahteraan kepadamu..agar engkau beroleh kejayaan, di dunia dan akhirat. mengalah bukanlah cara kita sayangku.... kuatkan semangatmu.. merintihlah pada Nya.. jangan lupa tahajudmu...salam