Salam sejahtera buat semua pembaca dan penulis blog
sekalian. Apa khabar iman di hari ini? Sudahkah kita beristighfar dan bersyukur
dengan segala nafas yang masih lagi digunakan untuk meneruskan kehidupan?
Astaghfirullah walhamdulillah ala kul li hal.
~ Terkejut, terkedu aku oleh berita yang dibawakan olehnya
sebentar tadi. Pernah aku menyatakan andai tidak menjadi aku takkan bergembira,
andai jadi, aku takkan bersedih, kerana pilihan jalan yang aku pilih hanya
kerana ingin redha dan rahmat Allah. Jalan yang aku pilih hanya untuk
gembirakan hati semua kerana Allah. Andainya ini ketentuan Allah, aku redha dan berdoa semoga kami sentiasa mendapat rahmat dan kasih sayang Allah. Bukan mudah untuk aku melupakan kerana sayang mekar di hati. Semoga engkau redha dan menjadi lebih baik di masa depan.
//kecewa?? Allah tetap ubatnya// |
//Jadi yang orang yang baik, pasti Allah datangkan pasangan yang baik// |
~ Dalam berjuang, jangan pernah takut dengan apa yang orang
kata, kerana Allah akan pertahankan kita jika kita benar. Allah sentiasa
bersama jika kita yakin denganNYA. Tadi di sekolah, adik sekerjaku, menyatakan
sebenar penampilannya adalah sepertiku, tudung labuh bulat sentiasa diserkupkan
di kepala. Tetapi apabila sampai untuk mendaftar, dia mengubah tudung ke tudung
biasa yang masih besar kerana takut ditegur buat kedua kalinya dalam hidup
perguruan. Aku menyatakan padanya, apa takut dengan orang kata. Buat saja
kerana kita menegakkan Islam dan pemakaian yang betul.
~ Teringat pada hari pertama aku melaporkan diri, aku
mengenakan tudung labuh hitam sehingga ada yang menyatakan aku mualaf, aku
ustazah, di sekolah itu ada murid Islam dan macam-macam lagi. Apa salah kita menegakkan
pemakaian yang benar di sisi Islam.Jangan khuatir dalam berjuang, kerana perjuangan
tidak pernah manis berpanjangan. Aku berpesan kepadanya, pakailah, biar apa
orang kata. Mereka tidak berhak untuk menentukan di mana kita berada di sana
nanti, melainkan dengan usaha kita sendiri.
// indah bukan jika sebegini?// |
//jadilah idaman hati suami, jangan jadi habuan nafsu lelaki// |
~ Setiap langkah yang kita ada, pastikan diletakkan Allah
sedang memerhati. Kita takut melihat wajah manusia marah kerana perbuatan salah
kita, adakah kita tidak takut melihat kemurkaan Allah dengan silap yang kita buat
dalam hidup? Kita gembira melihat wajah orang yang kita sayang tenang dan
bahagia kerana kebaikan yang kita buat, tidak mahukah kita melihat Allah dan
rasul gembira dengan ketakwaan kita? Jangan dek kerana manusia itu nampak di
mata kasar kita, kita sanggup buat apa saja. Ingat Allah boleh tunjuk kuasanya
tampak kita minta dan tak boleh kita elak.
//Sahabat, moga Allah sentiasa bersamamu// |
La takhaf wala tahzan.. I've done the best part of me. Regrets? Never!! Because, I've done with all my heart, bow to Allah's will. Hehe.. Insya Allah. Love u dear!! Get well soon. We've a plenty of timee to spread our da'wah..
ReplyDelete