i'm in love...

Daisypath Anniversary tickers

our beloved son....

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Monday, April 8, 2013

Persoalan tanpa jawapan

~Salam sejahtera semua umat Muhammad yang masih berada di muka bumi Allah. Amanah Allah masih ada yang perlu kita selesaikan dalam setiap hembusan nafas yang kita ada. Kalau menilai setiap detik waktu yang bergerak dengan mengingati pemerhatian Allah, pasti kita merasa bersalah kerana dalam setiap detik itu pasti yang terlepas dari keberkatan dan lurusnya jalan yang sepatutnya. Astaghfirullahalazim. Patut pun Rasul Allah menyuruh kita sentiasa beristighfar kerana dengan istighfar boleh membantu menghapus dosa yang tidak nampak dek mata kasar.

~ Banyak perkara yang di luar jangkauan berlaku sepanjang minggu ini. Perkara yang tiada jawapan untuk soalanyang ditujukan. Aku hidup dalam keadaan tertanya-tanya apa yang berlaku, apa yang akan berlaku, apa yang telah berlaku. Tapi apa daya aku sebagai hamba untuk mempersoalkan setiap benda yang berlaku. Walaupun terkadang hati aku suram dengan keadaan yang tidak jelas ini, aku sering mengingatkan diriku dengan kenyataan bahawa Allah akan berikan aku yang terbaik untuk setiap masa yang dilalui.

~ Kadang terfikir perkara yang bukan-bukan di benak minda. Sebelum ini semangat berkobar-kobar untuk berkongsi jasad dan hati, tapi sekarang semuanya diam seribu bahasa. Semua membawa haluan masing-masing seolah-olah nanti akan berlaku dua haluan yang berbeza. Aku kelu dan terkedu dengan situasi ini. Aku hanya mampu memohon petunjuk. Dari ceramah yang didengar dari seorang ustaz yang amat terkenal, beliau mengatakan istikharah ini untuk memohon petunjuk. Dari doanya pun sudah diketahui, kalau baik,permudahkanlah, kalau tidak baik, jauhkanlah. Aku tetap mengamalkannya dan semakin hari aku mendapat jawapan yang kedua. Allahu. adakah hati ini masih kotor atau ia sememangnya jawapan?.

~ Persoalan masa depan sukar untuk dijangkakan jawapannya kerana ia di luar jangkauan akal, mata dan hati manusia. Jangan pernah menyesal dengan jawapan yang diberikan Allah kerana Allah sayang diri seorang hamba yang sering memohon petunjuk dari Nya. Sabar atau tidak kita dalam menghadapi setiap langkah ujian yang mendatang.

~ Persoalan akhirat lebih penting untuk difikirkan. Di sana tiada masa untuk mengundur diri dari tanggungjawab yang diamanahkan. Di sana tiada lagi istilah maaf dan ampun untuk kita hamba Allah. Yang ada hanya perhitungan neraca timbangan sama ada syurga atau neraka. Sama ada selama kita hidup memilih untuk berbahagia atau merana. Lebihkan masa untuk memikirkan arah tuju kita di 'sana' yang memang kekal abadi daripada penat memikirkan persoalan yang tiada jawapan.

No comments:

Post a Comment