i'm in love...

Daisypath Anniversary tickers

our beloved son....

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Monday, April 29, 2013

~Destinasi Cinta~


Salam untuk semua. Moga Allah merahmat dirimu. 
Semakin ku cari cinta, semakin ku hilang dan lemah. 
Hati ku gelap tiada cahaya, penuh dengan kekotoran yang sukar disucikan.
Semoga akhir hayatku berakhir dengan nur iman yang benar.



DESTINASI CINTA (MESTICA)

Menyingkap tirai hati
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan

Tak ternilai airmata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Tak kan berpaling pada palsu duniawi

Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi

C/O
Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-Mu

Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati
(Destinasi cinta Ilahi)

Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu
Namun masihku mengharap ampunan-Mu
Wahai Tuhanku? Ya Allah?

Thursday, April 11, 2013

~PSP~Pasang Surut Perjuangan~


Salam sejahtera buat semua pembaca dan penulis blog sekalian. Apa khabar iman di hari ini? Sudahkah kita beristighfar dan bersyukur dengan segala nafas yang masih lagi digunakan untuk meneruskan kehidupan? Astaghfirullah walhamdulillah ala kul li hal.

~ Terkejut, terkedu aku oleh berita yang dibawakan olehnya sebentar tadi. Pernah aku menyatakan andai tidak menjadi aku takkan bergembira, andai jadi, aku takkan bersedih, kerana pilihan jalan yang aku pilih hanya kerana ingin redha dan rahmat Allah. Jalan yang aku pilih hanya untuk gembirakan hati semua kerana Allah. Andainya ini ketentuan Allah, aku redha dan berdoa semoga kami sentiasa mendapat rahmat dan kasih sayang Allah. Bukan mudah untuk aku melupakan kerana sayang mekar di hati. Semoga engkau redha dan menjadi lebih baik di masa depan.

//kecewa?? Allah tetap ubatnya//

//Jadi yang orang yang baik, pasti Allah datangkan pasangan yang baik//

~ Dalam berjuang, jangan pernah takut dengan apa yang orang kata, kerana Allah akan pertahankan kita jika kita benar. Allah sentiasa bersama jika kita yakin denganNYA. Tadi di sekolah, adik sekerjaku, menyatakan sebenar penampilannya adalah sepertiku, tudung labuh bulat sentiasa diserkupkan di kepala. Tetapi apabila sampai untuk mendaftar, dia mengubah tudung ke tudung biasa yang masih besar kerana takut ditegur buat kedua kalinya dalam hidup perguruan. Aku menyatakan padanya, apa takut dengan orang kata. Buat saja kerana kita menegakkan Islam dan pemakaian yang betul.

~ Teringat pada hari pertama aku melaporkan diri, aku mengenakan tudung labuh hitam sehingga ada yang menyatakan aku mualaf, aku ustazah, di sekolah itu ada murid Islam dan macam-macam lagi. Apa salah kita menegakkan pemakaian yang benar di sisi Islam.Jangan khuatir dalam berjuang, kerana perjuangan tidak pernah manis berpanjangan. Aku berpesan kepadanya, pakailah, biar apa orang kata. Mereka tidak berhak untuk menentukan di mana kita berada di sana nanti, melainkan dengan usaha kita sendiri.

// indah bukan jika sebegini?//

//jadilah idaman hati suami, jangan jadi habuan nafsu lelaki//

~ Setiap langkah yang kita ada, pastikan diletakkan Allah sedang memerhati. Kita takut melihat wajah manusia marah kerana perbuatan salah kita, adakah kita tidak takut melihat kemurkaan Allah dengan silap yang kita buat dalam hidup? Kita gembira melihat wajah orang yang kita sayang tenang dan bahagia kerana kebaikan yang kita buat, tidak mahukah kita melihat Allah dan rasul gembira dengan ketakwaan kita? Jangan dek kerana manusia itu nampak di mata kasar kita, kita sanggup buat apa saja. Ingat Allah boleh tunjuk kuasanya tampak kita minta dan tak boleh kita elak.
 
//Letak Allah di hati, dunia di tangan//
 ~ Apa jua yang berlaku, semoga ukhuwah yang terbina dengan siapa pun, akan masih kekal hingga ke akhir hayat. Mungkin kita jarang bercakap, tapi insyaAllah, aku tetap akan mendoakanmu duhai teman.

//Sahabat, moga Allah sentiasa bersamamu//

Monday, April 8, 2013

Persoalan tanpa jawapan

~Salam sejahtera semua umat Muhammad yang masih berada di muka bumi Allah. Amanah Allah masih ada yang perlu kita selesaikan dalam setiap hembusan nafas yang kita ada. Kalau menilai setiap detik waktu yang bergerak dengan mengingati pemerhatian Allah, pasti kita merasa bersalah kerana dalam setiap detik itu pasti yang terlepas dari keberkatan dan lurusnya jalan yang sepatutnya. Astaghfirullahalazim. Patut pun Rasul Allah menyuruh kita sentiasa beristighfar kerana dengan istighfar boleh membantu menghapus dosa yang tidak nampak dek mata kasar.

~ Banyak perkara yang di luar jangkauan berlaku sepanjang minggu ini. Perkara yang tiada jawapan untuk soalanyang ditujukan. Aku hidup dalam keadaan tertanya-tanya apa yang berlaku, apa yang akan berlaku, apa yang telah berlaku. Tapi apa daya aku sebagai hamba untuk mempersoalkan setiap benda yang berlaku. Walaupun terkadang hati aku suram dengan keadaan yang tidak jelas ini, aku sering mengingatkan diriku dengan kenyataan bahawa Allah akan berikan aku yang terbaik untuk setiap masa yang dilalui.

~ Kadang terfikir perkara yang bukan-bukan di benak minda. Sebelum ini semangat berkobar-kobar untuk berkongsi jasad dan hati, tapi sekarang semuanya diam seribu bahasa. Semua membawa haluan masing-masing seolah-olah nanti akan berlaku dua haluan yang berbeza. Aku kelu dan terkedu dengan situasi ini. Aku hanya mampu memohon petunjuk. Dari ceramah yang didengar dari seorang ustaz yang amat terkenal, beliau mengatakan istikharah ini untuk memohon petunjuk. Dari doanya pun sudah diketahui, kalau baik,permudahkanlah, kalau tidak baik, jauhkanlah. Aku tetap mengamalkannya dan semakin hari aku mendapat jawapan yang kedua. Allahu. adakah hati ini masih kotor atau ia sememangnya jawapan?.

~ Persoalan masa depan sukar untuk dijangkakan jawapannya kerana ia di luar jangkauan akal, mata dan hati manusia. Jangan pernah menyesal dengan jawapan yang diberikan Allah kerana Allah sayang diri seorang hamba yang sering memohon petunjuk dari Nya. Sabar atau tidak kita dalam menghadapi setiap langkah ujian yang mendatang.

~ Persoalan akhirat lebih penting untuk difikirkan. Di sana tiada masa untuk mengundur diri dari tanggungjawab yang diamanahkan. Di sana tiada lagi istilah maaf dan ampun untuk kita hamba Allah. Yang ada hanya perhitungan neraca timbangan sama ada syurga atau neraka. Sama ada selama kita hidup memilih untuk berbahagia atau merana. Lebihkan masa untuk memikirkan arah tuju kita di 'sana' yang memang kekal abadi daripada penat memikirkan persoalan yang tiada jawapan.

Thursday, April 4, 2013

Engkau Sahaja Penolongku, Ya Allah


Rahmat Ujian

Album : Layar Keinsafan
Munsyid : Mestica
http://liriknasyid.com


Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu

Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

c/o
Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi

c/o

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

repeat c/o 2x

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu

Aku tidak berdaya lagi...


Pasrah Segalanya

Album :
Munsyid : DeHearty
http://liriknasyid.com


Pernah hati ini terguris
Dengan fitnah dan tohmahan menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerana tiada siapa yang sudi membela
Kutabahkan hatiku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku di lautan sepi
Ditinggalkan mereka yang aku percayai

Namun ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Kuserahkan segala padaMu Tuhan
Yang berkuasa jua mencipta
Kerana engkau MAha Mengetahui
SEgala apa yang terbuku di hati

C/O:Ya Allah tidakku terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah telah kutemui
Mengakhiri segala yang telah aku mulai
Ya Allah engkau lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan
Agar tidakku berhenti di pertengahan

Kini di sini aku berdiri
Bersama harapan yang tulus suci
Agar terbitlah kembali menteri pagi
Setelah malamku berkalut benci

lagu & lirik : Syam(Syamer DeHearty

Wednesday, April 3, 2013

~ku biar kalam berbicara~

Keluh kesahnya merisaukan aku. Masalah apa yang merunsingkan minda dan hatinya? Makan pun seolah tiada selera. Bukan aku tidak tahu perangainya, sikapnya. Tapi kali ini aku lihat ia sangat berat sekali.

Ingin aku mendengar luahan hatinya tapi dia menjangka aku akan emosi. Biarlah dia dalam kondisinya, pasti dia akan bercerita bila tiba saatnya nanti. Tiada lain yang mampu aku lakukan, hanya doa kepada Allah. Di jauh sudut hatiku sebenarnya aku sangat sedih melihat sikapnya sebegitu. 

Ya Allah, andai apa yang Engkau berikan kepadanya adalah satu teguran kerana Engkau merindui dirinya, sentuhlah hatinya sedalamnya sehingga dia merasa rindu dengan segala kasih sayangMu. Ya Allah, kami hanya hamba yang lemah, kurniakan kami rasa cinta dan kasih pada segala yang engkau berikan. Jadikan kami mujahid mu yang terus kekal dengan niat yang betul. Kami redha atas ujianMu tapi jangan biarkan kami hanyut dalam kesedihan dan putus asa. 

Monday, April 1, 2013

~ Petanda atau dugaan~

Salam pembaca sekalian. Apa khabar iman dan ukhuwah kita sesama umat?.

~ Pelbagai insiden telah berlaku. Bertikam lidah, bertengkar lumrah dalam kehidupan berumah tangga tapi andai terlalu kerap ia menjadi satu sel barah yang akan merebak dan merosakkan hubungan suami isteri. Kadang isu yang ditimbulkan bukan isu baru, ia isu lama yang masih belum ada penyelesaiannya.

~ Aku kadang terfikir apa yang berlaku ini adakah ia dugaan atau petanda terhadap apa yang aku pohon? Seolah-olah jawapan kepada permintaan yang selalu khabarkan kepada Illahi dalam sujudku. Aku khuatir untuk terlalu yakin, khuatir ia bisikan syaitan. Tapi kuat di sudut hatiku ia adalah jawapan dari Allah.



~ Ya Allah, aku akan terus memohon. Andai itu jalan yang terbaik, aku redha ya Allah, tapi sekiranya itu adalah jalan yang menghancurkan, jauhkan ia dari kami. Hanya Engkau yang mengetahui apa yang terbaik untuk hambaMu ini.