Salam sejahtera pembaca sekalian. Semoga di dalam rahmat dan kasih sayang Allah.
~ Buka akaun twitter, terlihat tweet seseorang mengenai amal solah. Beliau mengatakan bahawa membuang sampah betul pada tempatnya juga dikira amal soleh. Sungguh benar apa yang dikata. Sebagai hamba Allah dan umat Nabi SAW, seharusnya meletakkan segala tingkah laku yang dibuat dalam pemerhatian Allah ( tengah tulis blog terfikir pula tulisan ni akan diperhatikan). Sebagai muslimah terutamanya setiap langkah, gerak geri, tutur kata perlu diingatkan sentiasa diperhati oleh Allah.
~ Saya tersentak dan terfikir bila mana ada yang menyatakan sesuatu yang negatif mengenai diri saya. Allahu. Bagaimana pula pandangan Allah pada diri ini? Dia maha melihat dan maha mengetahui. Manusia sekadar melihat secara kasar, tapi menilai diri ini jauh hina. Kalau sudh hina di mata manusia biasa, apatah lagi di mata maha melihat.
~ 19.02.2013
Luahan hati ibu yang berkecil hati dengan sikap anaknya sangat menyentap hati. ALLAHU. Redha Allah bergantung pada redha ibu dan ayah. Doa ibu sangat makbul. Hilang nikmat dunia dan jalan yang baik sekiranya ibu telah tiada di dunia. Kata-kata kasar sangat membuat hati seorang ibu terluka. Titis air mata ibu yang jatuh boleh menyebabkan kita ke neraka. Anak lelaki terutamanya, taatnya tetap ada ibu walau dia beristeri empat sekali pun, beranak sepuluh sekali pun. Ibunya tetap perlu disanjung dan dijaga hatinya. Perempuan bila bersuami taatnya pindah kepada suami. Itu beza anak perempuan dan lelaki. Pilihlah suami yang mana menjadi anak yang mengutamakan dan menjaga hati ibunya dalam segenap hal selagi tidak menyalahi agama. Jangan pilih suami yang mengherdik ibunya kerana dia akan turut menyakitkan hatimu wahai perempuan. Tapi tulusnya hati seorang ibu bila mana berkecil hati dan sakit hati tetap jua memaafkan anaknya kerana khuatir anaknya jatuh derhaka. ALLAHU. Mulianya dirimu duhai ibu. Ibu berusaha menjaga hati anak-anaknya walaupun ada yang mengganggap dirinya tidak adil. Tapi anak yang ramai belum mampu membahagiakan hati seorang ibu. Ya Allah engkau ampunkan dosa ibu-ibu dan ayah-ayahku, tempatkab mereka di syurga, permudahkan urusan mereka, kurniakan kesihatan.yang baik kepada mereka, rahmati,redhaiah kehidupan mereka.
No comments:
Post a Comment