i'm in love...

Daisypath Anniversary tickers

our beloved son....

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Monday, January 7, 2013

~Isnin yang menyesakkan~

Salam sejahtera bloggers sekalian. Macammana isnin anda? Menyegarkan atau menyesakkan?

~Sekali lagi pagi ini aku rasa sesak. Bangun agak lewat menyebabkan aku kelam kabut. Banyak perkara yang aku tidak selesaikan sebelum aku turun kerja. Walaupun sebahagiannya telah aku persiapkan pada hari sebelumnya. Aku turun dalam keadaan emosi yang sangat tidak menyeronokkan. Sejak akhir2 ini, aku mudah nak marah2. En. Suami pun turut terganggu dengan sikap aku. Seakan tidak layak bergelar isteri kerana sering melukakan hati imamku. Sangat aku tertekan dengan keadaan sekarang. Apa yang menganggu fikiran pun aku tak tahu.

~ Dalam perhimpunan, aku rasa terpukul dengan perkongsian guru besar. Beliau berkongsi mengenai hormat. Hormat pada diri sendiri adalah asas kepada hormat untuk yang lain. Aku terfikir, bagaimana cara menghormati diri sendiri? Apa aku tidak hormat pada diri sehinggakan aku tidak dapat hormat pada org lain? Semakin sesak dan terbeban aku dengan semua persoalan ini. Semakin berfikir, semakin aku hilang arah.

~ Aku harus berubah. Mesti dan WAJIB Aku harus mencari satu inspirasi supaya aku boleh berubah. Sedangkan dia mampu berubah, inikan aku. Kami sama-sama hamba, tiada yang lebih melainkan ukuran.iman dan takwa. Hanya Allah mengetahui. Aku mesti bertekad untuk berubah.

~ Ya Allah, engkau mengetahui hati ini, perasaan ini, emosi hamba mu ini. Permudahkan dan bantulah hamba ini untuk berubah. Aku tidak punya tempat mengadu melainkan engkau ya Allah. Beban di atas bahuku semakin meningkat. Engkau mengujiku saban hari. Ya Allah, ujianmu berat. Tapi aku tidak mahu dihentikan ujian , cuma aku ingin ditambah rasa sabar, dihindar rasa beban, dijauhkan rasa iri hati. Lindungi aku dari rasa dan sifat mazmumah.

~

Published with Blogger-droid v2.0.9

No comments:

Post a Comment