i'm in love...

Daisypath Anniversary tickers

our beloved son....

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Thursday, December 20, 2012

19122009-19122012~tigatahunbersama~

Salam buat semua bloggers. Semalam merupakan ulangtahun ketiga pernikahan ku. 3 tahun bersama halal sebagai suami isteri, banyak perkara duka dan suka dikongsikan. Kasih dan sayang semakin hari semakin bercambah. Walau kadang aku jarang mengungkapkan tapi jauh di sudut hatiku, hanya Alah yang tahu betapa aku bersyukur dengan kurniaan yang diberikan.

Ujian kerap datang dalam perhubungan. Puas aku mencari di mana silapnya, salahnya dalam perhubungan ini, tapi aku sering terlupa ujian datang tanda Allah sayang.

Allah sangat sayang aku sehingga aku diuji dengan pelbagai dugaan. Aku tidak mahu memohon dijauhlan ujian, cuma ku pohon agar aku punya kekuatan dan keredhaan dalam setiap langkah yang aku ada. Terkadang kita lupa bahawa manusia hanya manusia yang tidak akan mampu melawan kuasa illahi.

Semoga di tahun ketiga ini, kekasihku, suamiku, imamku, ayah kepada anak2ku,(MUHAMMAD KHAWAR HEZAZY BIN UTHMAN) akan menjadi lebih takwa dan lebih cinta akan Allah dan rasulnya supaya cinta kami tidak pernah pudar oleh cinta dunia. Semoga tautan hati ini akan kekal hingga akhir hayat dan bersambung di syurga kelak.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Tuesday, December 4, 2012

di mana iman ku?

assalamualaikum dan apa khabar iman semua pembaca.. hari2 berlalu berakhirnya bulan disember dan tahun 2012. apa akan berlaku di masa hadapan berada jauh dari langkauan aku hamba Allah. sekarang ujian datang tanpa henti. ayahanda suami disahkan menghidap penyakit saluran darah jantung tersumbat. Allahu. melihat perubahan kesihatan serta gerak geri selepas kembali dari Makkah, menyebabkan aku kuat untuk membawanya ke pakar. akhirnya terbongkar penyakit yang disimpan bertahun lama. tabah hati seorang ayah tidak pernah menyatakan kesakitan yang dialami.semoga ayahanda yang tersayang kembali sihat walafiat. kini imanku sangat lemah. sangat berada di tahap yang paling rendah dan tidak pernah ku alami keadaan seperti ini. aku ubat iman di hati dengan kalimah syahadah tanpa henti. istighfar dan zikir tidak lekang di hati dan bibir. risau aku hilang pedoman dan iman. kini aku berusaha memulihkan imanku yang berada di zon merah. allahu allah. jangan pernah jauh dari ini. aku ingin mengejar kemanisan iman dan cinta mu Allah. di saat ini ingin aku menangis sepenuh hati. banyak sunggguh dosa ku sehingga aku di uji sebegini rupa. adakah sinar syurga untuk ku? adakah senyuman rasullullah menungguku? ingin sekali aku menjejakkan kaki di tanah mekah supaya aku dapat merasa dekatnya aku dengan rasul. aku rindu rasul Allah. ingin rasa berjumpa dan meluahkan masalah kepada baginda. aku buntu. aku kaku. aku keliru. aku gelisah. aku resah. allahuallah. andai hati ini tidak sinar imannya, kurniakan aku cahaya keimanan. andai hati ini gelap gelita, limpahkan lampu ketakwaan dan kerendahan hati dalam menjalani dunia ini. andai hati ini telah penuh dengan kekotoran, sucikan lah dengan tangisan keinsafan. terimalah hambamu ini untuk menikmati keindahan redha dan cintamu ya Allah.

Monday, October 8, 2012

~diamseribumakna~

Salam zulkaedah buat semua blogger...

Panggilan telefon dari ibunda dan ayahanda di tanah suci mekah sedikit sebanyak mengubat rasa kerisauan keberadaan mereka di sana. Hajat mereka ke tanah suci akhirnya makbul setelah bertahun menunggu. Alhamdulillah..

Di bumi marudi, pelbagai aktiviti berlangsung, mengejar masa persekolahan yang tinggal sebulan. Perkhemahan dah selesai, minggu sains matematik sedang berlangsung. Minggu hadapan bersambung dengan ujian akhir tahun, seterusnya akan ada majlis kecemerlangan. Sibuk dengan program di sekolah tidak bermakna tanggungjawabdi rumah diabaikan. Alhamdulillah, semalam aku berjaya mengemas dan menyelesaikan hampir semua tugasan. Mengemop lantai yang belum.

Berbicara dengan suami jarang dilakukan. Masa dengan suami agak terbatas. Adakah kami terlalu sibuk atau kami lebih suka berbicara dengan orang lain lebih daripada pasangan di rumah?.. Allahu allah..jangan pernah engkau biarkan kami leka dengan duniawi sehingga mengabaikan pahala yang banyak di rumah..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Thursday, September 27, 2012

kacau bilau

Salam sejahtera...

Setelah sekian lama tiada isu yg serupa, muncul kembali situasi yg sama cuma blainan org..stress memikirkan...fikiran kacau,hati tidak tenang.. Respon bila mdgr suaraku d telefon mmg nmpk.dia terkejut...jgn mudah percaya pada org...selidik dahulu...andai bersedia untuk risiko seterusnya, teruskan.. Klu ada yg mgizinkan terutama pencipta kita alhamdulillah...andai tidak, bsabarlah...ada yg lebih baik di luar sana..

Perlu bhenti mmikirkn dan teruskan kehidupan..smakin berfikir semakin stress, nnti lama2 gila pla...so, enjoy ur life whatever it is, sbb hari ni hanya dtg.sekali..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Wednesday, September 26, 2012

~apa-apala~

Saam sejahtera kepada bloggers sekalian.

Lama tidak menulis di laman ini. Hari ini ingin rasa hati untuk meluahkan perkara yang tidak pasti yang mengganggu fikiran.

Mengapa perlu berahsia?. Byk tafsiran mengenai rahsia. Ada yang berpendapat rahsia itu sesuatu yang tidak boleh diketahui orang lain, tetapi ada juga rahsia yang bemanfaat dan jika ingin mengetahui perlu membeli bahan itu atau belajar mengenainya.

Rahsia kita masih ada yang tahu, iaitu pencipta kita Allah swt. Sehebay mana pun rancangan kita untuk menipu atau merahsiakannya,  jika Allah berkehendak untuk diketahui rahsianya itu, dengan sekelip mata sahaja boleh berlaku. Allahu Allah, maha mengetahui maha berkuasa.

Setiap yang dibisikkan di dalam hati Allah dengar. Doa atau impian yang dinyatakan dalam hati Allah tahu. Letakkan dalam diri Allah nampak Allah dengar, pasti kita takut untuk melakukan kemungkaran. Doa yang terbaik dalam hati supaya kita mendapat yang terbaik.

Jom kita sama-sama doa,
Ya Allag, kurniakan kami hati yang berbaik sangka dengan tingkah laku dan tutur kata org lain. Ya Allah,jadikan kami hamba yang berserah diri kepadaMu dalam apa jua yang kami lakukan. Ya Allah,kurniakan kami pasangan hidup serta anak2 yang akan membawa kami ke syurgaMu. Bantulah kami ya rahman, menjadi insan yang tidak membawa insan lain ke neraka Mu. Sesungguhnya kami tidak mampu menahan azab siksa mu ya Allah. Redhailah kami, ampunkan kami, perkenankanlah kami.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Friday, July 27, 2012

Ramadhan 1433h...

Assalamualaikum pembaca blog.. Lama sudah tidak menulis di blog. Apa khabar pembaca sekalian?. Tahun 2012 akan beralih ke Ogos, maknanya tinggal 5 bulan terakhir sebelum beralih ke 2013.. Bulan Islam juga sudah masuk 7 ramadhan, 7 hari menjalankan ibadah puasa, rukun islam yang ketiga. Masa sungguh pantas berlalu tanpa disedari.

~ Sepanjang 7 hari berpuasa, hanya 5 kali berbuka dan bersahur bersama suami. 2 hari encik suami bersahur dan berbuka bersama org tuanya di kuching atas urusan kerja. Sudah terbiasa dengan kesibukan si dia yang selalu 'travelling', jadi aku sudah terbiasa mengurus anak dan diri sepanjang ketiadaannya. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar dan jauh dari musibah. Minggu depan, suami akan pergi ke ulu, jadi tinggallh berdua lagi di rumah. Hanya satu yang diharapkan, semoga perjalanan pergi dan balik si suami selamat dan jauh dari apa2 malapetaka.

~ Ramadhan bulan yang penuh berkat. Terawikh, tadarus, solat sunat, semuanya berebut untuk membuat amalan. Harap2 ramadhan kali ini lebih baik dari tahun sebelumnya. Ingin sekali mengkhatamkan Al-Quran tahun ni. InsyaAllah boleh..

~ tingkatkan iman dan amal dalam ramadhan ini..khuatir tidak berkesempatan bertemu lagi..selamat beramal!!

Published with Blogger-droid v2.0.6

Wednesday, May 23, 2012

ramadhan datang lagi

Salam sejahtera...rejab dah wujud, syaaban sik lamak gik menjelma, ramdhan akn menyusul kemudian. Apa persediaan kita untuk ramadhan?.. Sehingga itukah usia kita? Sudah puasa tahun sebelum diganti?  Allahu..banyak perlu diubah supaya ramadhan akan berbekas di hati.


Muhasabah kembali diri. Bertimbun ka tidak dosa dilakukan?. Maksiat dan zina adakah kosong dalam buku amalan kita?  Mari kita, sama2 menyucikan diri supaya ramadhan tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, March 27, 2012

~Mujahid kecilku~

Salam buat pembaca dan blogger sekalian...

Tanggal 15 Disember 2011 pada pukul 11.35 pagi, lahirnya seorang mujahid yang setelah sekian lama dinanti. Bayi kecil ini lahir melalui pembedahan kerana berlaku beberapa komplikasi saat waktu untuk dilahirkan. Songsang dan kurang air ketuban. Allah saja yang tahu bagaiman rasanya bila mengetahui pelbagia komplikasi berlaku pada bayi yang dikandung.

Check up pada minggu ke 37, pada 14 Disember di Klinik tudan dilakukan seperti biasa. Tapi, sewaktu nurse memeriksa kandunganku, dia menyatakan kemungkinan besar anak itu songsang. Biasala, mereka lebih arif mengenai posisi anak yang berada dalam kandungan. Nurse menyuruh aku perg berjumpa dengan doktor. Apabila doktor meletakkan scan ke atas perutku, dengan serta merta, beliau mengarahkan aku masuk ke hospital untuk pembedahan dengan alasan air ketuban semakin sedikit.

Keluar dari klinik aku terus menelefon suamiku mengatakan aku perlu dimasukkan ke hospital. Suami berada di Marudi pada saat itu, dan aku berada di Miri. Buat pengetahun, Miri-marudi mengambil masa 2 jam perjalanan menggunakan kenderaan pacuan 4 roda. Menggelabah suamiku saat itu. Aku menelefon ibunda memberitahu hal yang sama, dan dia segera menjemputku di klinik.

Alhamdulillah, barang sudah aku kemaskan sebelum ini sebagai persediaan untuk beranak. Aku ambil beg barang-barangku, ibu pula sibuk mengemas makanan dan bekal untuk aku makan di hospital nanti. Ibu, dalam keadaan seperti itu, makan minum anaknya tetap menjadi keutamaan.. terima kasih ibu. Suamiku menyuruh menunggunya datang dan baru bertolak ke hospital, tapi ayahku telefon menyuruh pergi ke hospital terus. Setelah berbincang dengan suami, dia setuju untuk berjumpa di hospital. Suamiku amat gelisah kerana ini merupakan anak sulung kami setelah menunggu beberapa tahun.

Sampai di hospital, aku mencari tempat untuk mendaftarkan diri sebagai penghuni wad Hospital Miri. Di kaunter pendaftaran, mereka mengarahkan ke wad bersalin. Aikkk...Hairan, kenapa perlu ke wad bersalin, bukan nak beranak pun. Tapi aku turutkan arahan, kerana mereka lebih arif prosedur hospital. Di wad bersalin, aku melihat pelbagai ragam dan kerenah ibu-ibu yang sarat seperti aku. Tapi aku tidak kesakitan seperti mereka, tidak keluar darah atau air ketuban..Sementara menunggu untuk didaftarkan, aku melihat seorang ibu pecah air ketuban di hadapanku. Bergegas nurse membawanya ke atas katil bersalin. Aku yang tidak sakit ini dibawa ke satu bilik khas, untuk mendengar degup jantung kandunganku. Berbaring hampir sejam di situ membuatkan aku gelisah memikirkan samaada suamiku sudah sampai atau belum. Kedengaran bunyi telefonku berdering. Risau dan bosan bercampur aduk.

Doktor datang menjenguk ku di katil. mereka melihat bacaan yang terpapar di skrin mesin. datang pula doktor lain. Setelah berbincang antara satu sama lain, doktor tersebut menerangkan padaku apa yang akan berlaku. "Pn Dyg, bayi ini songsang dan air ketuban dah sedikit. Kalau songsang saja, kami boleh tlg urut untuk betulkan, tapi awak ada masalah lain, kita perlu bedah awak esok pagi. Takut anak awak lemas dalam perut." Aku terus mengiyakan segalanya. Dengan wajah yang tenang, aku mendengar penjelasan doktor itu. Doktor mula bertanya macam terutamanya berkenaan tanda-tanda sakit bersalik. Tapi masalahnya aku langsung tidak mengalami sakit bersalin.

apabila selesai diperiksa, aku keluar, berjumpa suamiku. Aku memberitahunya, yang aku akan dibedah esok pagi. hati suamiku agak luluh, kerana dia ingin aku bersalin secara normal. Apakan daya aku untuk menolak ketentuan Illahi......

to be continue....


p/s...