Tuesday, December 4, 2012
di mana iman ku?
assalamualaikum dan apa khabar iman semua pembaca..
hari2 berlalu berakhirnya bulan disember dan tahun 2012. apa akan berlaku di masa hadapan berada jauh dari langkauan aku hamba Allah. sekarang ujian datang tanpa henti. ayahanda suami disahkan menghidap penyakit saluran darah jantung tersumbat. Allahu. melihat perubahan kesihatan serta gerak geri selepas kembali dari Makkah, menyebabkan aku kuat untuk membawanya ke pakar. akhirnya terbongkar penyakit yang disimpan bertahun lama. tabah hati seorang ayah tidak pernah menyatakan kesakitan yang dialami.semoga ayahanda yang tersayang kembali sihat walafiat.
kini imanku sangat lemah. sangat berada di tahap yang paling rendah dan tidak pernah ku alami keadaan seperti ini. aku ubat iman di hati dengan kalimah syahadah tanpa henti. istighfar dan zikir tidak lekang di hati dan bibir. risau aku hilang pedoman dan iman. kini aku berusaha memulihkan imanku yang berada di zon merah. allahu allah. jangan pernah jauh dari ini. aku ingin mengejar kemanisan iman dan cinta mu Allah. di saat ini ingin aku menangis sepenuh hati. banyak sunggguh dosa ku sehingga aku di uji sebegini rupa. adakah sinar syurga untuk ku? adakah senyuman rasullullah menungguku? ingin sekali aku menjejakkan kaki di tanah mekah supaya aku dapat merasa dekatnya aku dengan rasul. aku rindu rasul Allah. ingin rasa berjumpa dan meluahkan masalah kepada baginda.
aku buntu. aku kaku. aku keliru. aku gelisah. aku resah. allahuallah. andai hati ini tidak sinar imannya, kurniakan aku cahaya keimanan. andai hati ini gelap gelita, limpahkan lampu ketakwaan dan kerendahan hati dalam menjalani dunia ini. andai hati ini telah penuh dengan kekotoran, sucikan lah dengan tangisan keinsafan. terimalah hambamu ini untuk menikmati keindahan redha dan cintamu ya Allah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment