Salam sejahtera sekali pembaca dan saudara-saudaraku.
Apa khabar iman kita di hari ini?
Adakah ini suratan atau hanya satu kebetulan sahaja?
~ Di saat aku ingin menghulurkan bantuan kepada seorang
hamba Allah, Allah tarik semua nikmat yang padahal aku dapat sebelum itu. Aku seolah-olah
tidak diizinkan membantu melancarkan perancangannya. Adakah ini hanya satu
kebetulan atau ia sememangnya petunjuk buat kami. Pada mulannya aku menganggap
ini hanya kebetulan. Bukan rezeki ku. Tapi, ia terjadi sekali lagi, apabila aku
mengusulkan perancangan untuk cuti ini. Salah satu berkaitan dengan
perancangannya, aku mengusulkan untuk menyelesaikan dalam cuti ini tapi pada
keesokkan harinya selepas usul aku tadi, Allah menarik balik kemudahannya. Dia
terpaksa membatalkan cuti-cutinya. Allahu, setiap kali aku ingin menghulurkan
bantuan, pasti ada halangan. Apakah sebenarnya yang Allah ingin sampaikan
kepada kami?
~ Sebelum ini, tidak pernah kami merasa ketidakcukupan dalam
melalui hari-hari bersama. Cuma kadang sekarang seolah-olah ada yang ingin
Allah sampaikan kepada kami. Aku tidak mengerti apa sebenarnya yang terjadi,
tapi aku berharap dan berdoa agar Allah sentiasa memberikan kami yang terbaik
dan redhaNya sentiasa ada dalam setiap langkah kami berjuang dalam jalanNYa.
~ Aku teruskan jua dengan doaku agar diberikan petunjuk dan
jalan yang benar. Andai apa yang dipilih memang elok untuk agama dan semua
urusan kami di masa hadapan, Allah akan permudahkan jalannya. Tapi sekiranya ia
hanya menambah mudharat dalam kehidupan kami, pasti Allah akan jauhkan ia dari
kami.
~Persoalannya wujudkah kebetulan padahal semuanya sebenarnya
telah ada dalam perancangan Allah. Allahu….