i'm in love...

Daisypath Anniversary tickers

our beloved son....

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Wednesday, September 21, 2011

Elak kotoran Tanam Uri....for new mom and dad....

BAHAN-BAHAN...untuk menguruskan uri bahan-bahan diperlukan ialah periuk tanah, sarung tangan, kain putih, asam dan garam untuk membersihkan uri.

SENANG...uri adalah sebahagian daripada tempat bayi maka ia bersih dan perlu diperlakukan dengan baik serta tidak ditinggalkan merata-rata.
BAGI mereka yang baru saja bergelar ayah, selain gementar ketika kali pertama melaungkan azan atau iqamat di telinga bayi, pastinya perasaan itu lebih bertambah tatkala menerima bungkusan daripada jururawat yang di dalamnya terkandung uri bayi.

Pasti mereka tertanya-tanya bagaimana menguruskan uri kerana sebelum ini tidak pernah diberitahu mengenai�nya. Ada yang mengambil jalan mudah dengan menyerahkan kepada ibu, nenek atau bidan kampung untuk dibersihkan dan ditanam dengan alasan tidak tahan melihat darah atau jijik untuk membasuhnya.

Ramai ibu bapa membuat persediaan menyambut kelahiran bayi dengan menye�diakan pelbagai kelengkapan tetapi terlupa mendapat�kan maklumat mengenai cara menguruskan uri mengikut syariat Islam sebenar.

Oleh itu muncullah pelbagai cara yang menjadi amalan di kalangan masyarakat Melayu, seperti uri yang ditanam bersama pelbagai benda seperti jarum, paku dan kain batik berfungsi untuk melindungi bayi.


Malah di sesetengah kawasan penanaman uri dipasang lilin pada waktu malam selama tujuh malam bagi mengelak kejadian pelik menimpa bayi.


Mengikut kepercayaan masyarakat zaman dulu, uri haruslah dibasuh bersih sehingga tiada darah tertinggal. Kemudian tempurung kelapa yang dicuci luar dan dalam dijadikan bekas mengisi uri ini. Tempurung berisi uri perlu dibungkus dengan kain putih dan diletakkan di dalam lubang yang digali di halaman rumah.

Sebelum lubang dikambus, paku, jarum dan asam keping yang diikat bersama ditanam sekali.

Barangan ini adalah simbolik melindungi uri daripada dihurung ulat di dalam tanah. Tidak habis di situ, tradisi diteruskan dengan menghidup�kan bara api di permukaan tanah tempat uri ditanam kerana dipercayai mampu mengelak bayi mengalami kembung perut dan menangis sepanjang malam.

Mereka percaya uri yang ditanam mempunyai ‘hubu�ngan’ dengan kehidupan bayi yang baru lahir. Selain itu, uri akan dibungkus menggunakan sarung bantal terpakai dan sebatang paku bagi mengurangkan masalah bayi menangis malam.

Menurut Pengarah Urusan ANP Solutions, Ade Azreena Mahadi, secara saintifik uri atau plasenta adalah ‘sarung’ yang terbentuk di dalam rahim ketika kehamilan dan bersambung dengan bayi menerusi tali pusat agar janin mendapat oksigen dan makanan daripada ibunya.

Oleh kerana ia sebahagian daripada tempat bayi maka ia bersih dan perlu diperlakukan dengan baik seperti ditanam� dan tidak ditinggal�kan merata-rata bagi me�ngelak dimakan anjing atau binatang lain.

Berdasarkan pengalaman sendiri, Ade Azreena meng�akui dia turut melepaskan tanggung�jawab menguruskan uri kepada ibu mentuanya ketika melahirkan anak pertama.

“Ketika itu saya dan suami tidak terfikir menye�diakan kelengkapan menguruskan uri dan menyerahkan kepada ibu saja.

“Lama kelamaan selepas melihat rakan turut mengalami masalah sama, saya terfikir mengapa peralatan menguruskan uri tidak dijual di pasaran. Jika ada sudah tentu tidak perlu bersusah payah mencarinya,” katanya.

Ujar Azreena set asas pengurusan uri di pasaran itu, sama seperti set beng�kung dan pakaian bayi, set pengurusan uri juga harus disediakan lebih awal sebelum kelahiran.

Selepas mendapatkan pandangan agama maka lahirlah set asas pengurusan uri Grandma Secret yang baru saja dilancarkan dua bulan lalu.

Set berharga RM35 itu mengandungi bahan asas seperti periuk tanah, garam, asam jawa, kain putih dan sarung tangan getah. Fungsi periuk tanah adalah untuk meletakkan uri di dalamnya dan memudahkan ditanam supaya tidak dimakan binatang.

Asam jawa dan garam untuk membuang lendir dan darah ketika membersihkannya supaya tidak menarik deria binatang untuk menggali dan memakan uri.

“Uri adalah darah lendir yang keluar ketika melahirkan anak. Justeru bagi memudah�kan cucian, garam dan asam jawa boleh digunakan. Selepas itu barulah dibalut menggunakan kain putih dan dimasukkan di dalam periuk tanah sebelum ditanam. Bagi yang geli memegangnya, mereka boleh menggunakan sarung tangan disediakan,” katanya.

Ade Azreena berharap dengan kehadiran set asas pengurusan uri, ibu bapa terutama yang baru pertama kali mempunyai anak tidak lagi tercari-cari bahan untuk menguruskan uri. Mereka hanya perlu membeli di kedai dan mengikut peraturan yang tertera pada kotak itu.

Walaupun terdapat pelbagai amalan ketika menanam uri, sebenarnya ia lebih kepada kepercayaan yang menjadi amalan sejak turun temurun. Namun sekiranya amalan berkenaan boleh memesong�kan akidah ia adalah haram.

“Jika kita benar-benar percaya bahawa kita kena tanam uri dengan bahan tertentu supaya anak tidak berkudis, mengelak daripada menangis malam dan sawan, keadaan itu jelas bertentangan dengan syarak dan boleh membawa kepada khurafat.

“Misalnya, ada juga yang percaya sekiranya uri ditanam bersama jarum atau paku, ia boleh mengelak daripada gang�guan makhluk halus. Ini jelas salah dan berdosa kerana kita dilarang terus daripada percaya selain Allah,” katanya.

Tambahnya, tiada doa khusus dibacakan ketika menanam uri cukup sekadar membaca Bismillah dan selawat ke atas Nabi Muham�mad saw. Jika ada yang berkata cara menanam uri ada kaitan dengan perilaku anak, ini tidak benar.

Sebenarnya bagi mendapat�kan anak soleh dan solehah, pasangan ibu bapa harus memainkan peranan. Mereka berdua haruslah menjaga kelakuan, makanan dan minuman anak-anak serta memastikan halal, bukannya di mana dan bagaimana uri ditanam.

Pada majlis itu juga turut dilancarkan set lengkap pe�ngurusan jenazah Ar-Raudah di bawah syarikat HNZ Industries yang menyediakan peralatan lengkap menguruskan jenazah seperti kain putih, kapas, akar sintok dan kapur barus bagi memudahkan waris menguruskan kematian terutama pada waktu malam.

Menurut Nik Mohd Erizal, dia terpanggil untuk menjalankan perniagaan ini selepas anak saudara meninggal dunia pada jam 2 pagi.

“Disebabkan kedai belum dibuka, jadi sukar untuk menyediakan keperluan sedangkan jenazah perlu dikebumikan keesokan harinya. Selepas mendapat�kan pandangan daripada Majlis Agama Islam Kelantan dan memenuhi semua kriteria ditetapkan barulah saya mencari pembekal bahan untuk dimuatkan dalam Ar-Raudahkit ini,” katanya yang kini memperluaskan pasaran Ar-Raudahkit ke seluruh negara terutama di hospital, masjid dan rumah orang tua.

Thursday, September 15, 2011

Problems come are to us to overcome it...

~God gives you problems not because she wants you to have a hard life but because she knows you can handle it and it will make you strong~

A quote that i found in FB status shuffle. Dalam bahasa Malaysia bermaksud, "Tuhan bagi masalah atau ujian bukan kerana Dia nak kita mengalami kehidupan yang susah tetapi Dia tahu kita dapat menghadapinya dan masalah itu akan buat kita lebih kuat."

Kata-kata itu bukan datang dari ahli agama, mungkin hanya direka oleh manusia biasa yang boleh menerima apa sahaja yang berlaku dalam dunia nie datangnya dari Tuhan. Ini penyataan yang datang dari insan yang percaya kewujudan Tuhan. Bagi kita umat Islam, wajib dan merupakan rukun pertama dalam rukun iman ialah Percaya kepada Allah dan barangsiapa yang tidak percaya pada Allah, tidak berimanlah orang itu.

Apabila wujudnya kepercayaan kepada Allah yang maha Esa maha Kuasa, pasti segala yang berlaku akan dikembalikan kepada Allah. Ini kerana kuatnya kepercayaan dan yakin kewujudan Allah, yang mengatur segala apa yang berlaku di dalam dunia ini. Baik rezeki, jodoh pertemuan, kaya miskin, hidup mati semuanya memang di dalam tangan Allah. Apa daya kita untuk menidakkan kekuasaannya yang terang lagi bersuluh.

Wednesday, September 14, 2011

Semut di seberang......

Terbaca post seorang sahabat di FB mengenai bukannya mencari kesilapan takdir dalam kehidupan,tapi carilah kesilapan kita sebagai hamba. Banyak benda yang kita akan keluhkan dalam kehidupan seharian seolah-olah kehidupan kita tidak pernah cukup walaupun harta bertimbun, kereta ada, wang ada, sahabat ramai, keluarga masih ada semuanya. Susah benar untuk diri kita mengucapkan syukur walaupun telah hidup di alam fana ini bertahun-tahun dengan pelbagai kemewahan.Tidak pernahkah terfikir bagaimana susahnya kehidupan insan lain seperti anak yatim yang kehilangan orang tuanya sejak kecil, bayi yang terbuang tidak sempat menghirup udara di dunia, orang miskin yang hanya makan nasi berlaukkan garam, manusia yang hidup hanya beralaskan kotak dan berbumbungkan jambatan. Apa semua itu tidak membuka mata untuk terus bersyukur dengan nikmat yang ada.

Jangan disalahkan takdir apabila tidak mampu menempuh ujian yang diberi. Ujian yang mendatang sekadar sebesar kuman berbanding ujian yang Rasul junjungan kita lalui sewaktu amanah yang diberi untuk menyebarkan agama Islam. Ingatlah, bahawasanya Allah telah berfirman dengan maksud lebih kurang begini:" Tidak beriman seseorang hamba itu andai belum diuji oleh Allah SWT." Ujian mendatang tanda kasih dan sayang nya tapi bagi yang berfikiran kolot, pasti ujian itu hanya menyusahkan kehidupan. Bercakap mengenai ujian, ingin dikaitkan di sini seperti UPSR yang sedang berlangsung, kenapa dan mengapa wujudnya UPSR, pastilah untuk menguji keupayaan murid-murid mengenai ilmu pengetahuan yang telah dipelajari bertahun-tahun di sekolah rendah.Di dunia ini, kita diuji mengikut tahap pelajaran, usia 12 tahun UPSR, apabila menganjak 15 tahun PMR pula, usia 17 tahun SPM lagi, lepas tue ujian STPM atau Matrikulasi, kemudian ujian-ujian sepanjang berada di menara gading, apabila dah masuk ke alam pekerjaan penilaian dari majikan setiap hujung tahun, tapi pernahkah kita mengeluh kenapa perlu diuji dan dinilai untuk semua itu. Mungkin ada mungkin tidak, sebabnya ganjaran dan kesan yang diperoleh dari ujian-ujian itu akan kita dapat dalam tempoh yang singkat. Andai bagus keputusannya, dapat la hadiah berupa wang, harta, kenaikan pangkat, kenaikan gaji dan semua benda-benda yang nampak di mata. Andai teruk ujian itu, kita akan kehilangan apa yang ada. Oleh sebab itu, manusia tidak mengeluh untuk ujian yang diciptakan oleh manusia sendiri, kerana semua nampak kesan dan ganjaran serta mata. Akan tetapi, ujian Allah itu sepanjang kehidupan di dunia ini, sering dikeluh dan dicaci dimaki (nauzubillah) kerana ada ganjaran dari bersabar dengan ujian tidak pernah disedari dan syurga yang dijanjikan tidak nampak di mata.

Andai semua ganjaran dan kesan buruk dari tingkah laku kita hatta mengeluh sedikit pun, pasti kita akan cuba untuk bersyukur dengan segala apa yang ada. Andai neraka dan syurga itu nampak, pasti ramai yang takut menyalahkan takdir dan melupakan Allah walau sesaat. Tapi Allah itu Maha Mengetahui dan Maha Menentukan segalanya, sebab itu Allah tidak menunjukkan semuanya kepada kita. Kalau semua 'soalan' ujian ditunjukkan berserta ganjarannya pasti susah untuk membuat penilaian dan membahagikan hadiah-hadiah nanti. Tiada soalan bocor dalam kehidupan manusia kerana ganjaran yang Allah janjikan tiada tolok bandingannya.

p/s:akan disambung kemudian, mode menulis terganggu.....

Tuesday, September 13, 2011

~DKAB KSAM MKHU~

Salam sejahtera buat semua pembaca. Hari ni dah masuk 15 Syawal 1432H bersamaan dengan 13 September 2011, merupakan hari pertama murid-murid tahun 6 menjalani Ujian Penilaian Sekolah Rendah 2011. Semoga anak-anak muridku yang pernah diajar dapat menjawab soalan peperiksaan dengan sebaik mungkin. Minggu ini juga usia kandunganku telah mencapai 24 minggu bermakna aku telah masuk ke trimester ketiga. Sudah selamat aku melepasai 2 trimester, dan berharap agar diri ini dan kandungan sentiasa selamat sehingga hari kelahirannya. Bayi yang dikandung ini amat aktif sekali. Kerap menendang tak kira masa, subuh, tengahari, petang atau malam. Aktif kerana abienya seorang pesilat dan ingin mengikut jejak langkah ayahandanya untuk bersilat juga. Itu mungkin si kecil ini kerap bersilat di dalam perut umienya. Tapi, sewaktu abienya berdekatan bayi ini jarang bergerak-gerak, adakah malu dengan abienya atau saja mengacah abienya?.hehehe...This is a very nice moment when i'm pregnant. Tiap tahun pregnant pun tak pa, sebab keindahan mengandung tidak dapat dikata. Sewaktu menulis artikel ini pun, baby ini menendang-nendang. Macam tau2 ja dirinya tengah diceritakan. Pagi tadi bercerita dengan guru senior mengenai pengalamannya melahirkan anak yang songsang dalam kandungan secara normal. Keluar dengan kaki dahulu dan beranak di rumah dengan suaminya sendiri menjadi bidan. Pengalaman yang amat menakutkan tapi dari cerita itu ada pengajarannya, jangan ingkar arahan doktor. Ya Allah, aku mohon padaMu agar dipermudahkan kelahiran anak ini nanti. Jadikan kami anak beranak sihat sentiasa sepanjang kehamilan hingga dewasa nanti. Ya Allah, kurniakan rezeki kepada kami sekeluarga dan jadikan kami hambaMu yang bersyukur dengan segala rezeki yang telah engkau berikan.