i'm in love...

Daisypath Anniversary tickers

our beloved son....

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Friday, July 27, 2012

Ramadhan 1433h...

Assalamualaikum pembaca blog.. Lama sudah tidak menulis di blog. Apa khabar pembaca sekalian?. Tahun 2012 akan beralih ke Ogos, maknanya tinggal 5 bulan terakhir sebelum beralih ke 2013.. Bulan Islam juga sudah masuk 7 ramadhan, 7 hari menjalankan ibadah puasa, rukun islam yang ketiga. Masa sungguh pantas berlalu tanpa disedari.

~ Sepanjang 7 hari berpuasa, hanya 5 kali berbuka dan bersahur bersama suami. 2 hari encik suami bersahur dan berbuka bersama org tuanya di kuching atas urusan kerja. Sudah terbiasa dengan kesibukan si dia yang selalu 'travelling', jadi aku sudah terbiasa mengurus anak dan diri sepanjang ketiadaannya. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar dan jauh dari musibah. Minggu depan, suami akan pergi ke ulu, jadi tinggallh berdua lagi di rumah. Hanya satu yang diharapkan, semoga perjalanan pergi dan balik si suami selamat dan jauh dari apa2 malapetaka.

~ Ramadhan bulan yang penuh berkat. Terawikh, tadarus, solat sunat, semuanya berebut untuk membuat amalan. Harap2 ramadhan kali ini lebih baik dari tahun sebelumnya. Ingin sekali mengkhatamkan Al-Quran tahun ni. InsyaAllah boleh..

~ tingkatkan iman dan amal dalam ramadhan ini..khuatir tidak berkesempatan bertemu lagi..selamat beramal!!

Published with Blogger-droid v2.0.6

Wednesday, May 23, 2012

ramadhan datang lagi

Salam sejahtera...rejab dah wujud, syaaban sik lamak gik menjelma, ramdhan akn menyusul kemudian. Apa persediaan kita untuk ramadhan?.. Sehingga itukah usia kita? Sudah puasa tahun sebelum diganti?  Allahu..banyak perlu diubah supaya ramadhan akan berbekas di hati.


Muhasabah kembali diri. Bertimbun ka tidak dosa dilakukan?. Maksiat dan zina adakah kosong dalam buku amalan kita?  Mari kita, sama2 menyucikan diri supaya ramadhan tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, March 27, 2012

~Mujahid kecilku~

Salam buat pembaca dan blogger sekalian...

Tanggal 15 Disember 2011 pada pukul 11.35 pagi, lahirnya seorang mujahid yang setelah sekian lama dinanti. Bayi kecil ini lahir melalui pembedahan kerana berlaku beberapa komplikasi saat waktu untuk dilahirkan. Songsang dan kurang air ketuban. Allah saja yang tahu bagaiman rasanya bila mengetahui pelbagia komplikasi berlaku pada bayi yang dikandung.

Check up pada minggu ke 37, pada 14 Disember di Klinik tudan dilakukan seperti biasa. Tapi, sewaktu nurse memeriksa kandunganku, dia menyatakan kemungkinan besar anak itu songsang. Biasala, mereka lebih arif mengenai posisi anak yang berada dalam kandungan. Nurse menyuruh aku perg berjumpa dengan doktor. Apabila doktor meletakkan scan ke atas perutku, dengan serta merta, beliau mengarahkan aku masuk ke hospital untuk pembedahan dengan alasan air ketuban semakin sedikit.

Keluar dari klinik aku terus menelefon suamiku mengatakan aku perlu dimasukkan ke hospital. Suami berada di Marudi pada saat itu, dan aku berada di Miri. Buat pengetahun, Miri-marudi mengambil masa 2 jam perjalanan menggunakan kenderaan pacuan 4 roda. Menggelabah suamiku saat itu. Aku menelefon ibunda memberitahu hal yang sama, dan dia segera menjemputku di klinik.

Alhamdulillah, barang sudah aku kemaskan sebelum ini sebagai persediaan untuk beranak. Aku ambil beg barang-barangku, ibu pula sibuk mengemas makanan dan bekal untuk aku makan di hospital nanti. Ibu, dalam keadaan seperti itu, makan minum anaknya tetap menjadi keutamaan.. terima kasih ibu. Suamiku menyuruh menunggunya datang dan baru bertolak ke hospital, tapi ayahku telefon menyuruh pergi ke hospital terus. Setelah berbincang dengan suami, dia setuju untuk berjumpa di hospital. Suamiku amat gelisah kerana ini merupakan anak sulung kami setelah menunggu beberapa tahun.

Sampai di hospital, aku mencari tempat untuk mendaftarkan diri sebagai penghuni wad Hospital Miri. Di kaunter pendaftaran, mereka mengarahkan ke wad bersalin. Aikkk...Hairan, kenapa perlu ke wad bersalin, bukan nak beranak pun. Tapi aku turutkan arahan, kerana mereka lebih arif prosedur hospital. Di wad bersalin, aku melihat pelbagai ragam dan kerenah ibu-ibu yang sarat seperti aku. Tapi aku tidak kesakitan seperti mereka, tidak keluar darah atau air ketuban..Sementara menunggu untuk didaftarkan, aku melihat seorang ibu pecah air ketuban di hadapanku. Bergegas nurse membawanya ke atas katil bersalin. Aku yang tidak sakit ini dibawa ke satu bilik khas, untuk mendengar degup jantung kandunganku. Berbaring hampir sejam di situ membuatkan aku gelisah memikirkan samaada suamiku sudah sampai atau belum. Kedengaran bunyi telefonku berdering. Risau dan bosan bercampur aduk.

Doktor datang menjenguk ku di katil. mereka melihat bacaan yang terpapar di skrin mesin. datang pula doktor lain. Setelah berbincang antara satu sama lain, doktor tersebut menerangkan padaku apa yang akan berlaku. "Pn Dyg, bayi ini songsang dan air ketuban dah sedikit. Kalau songsang saja, kami boleh tlg urut untuk betulkan, tapi awak ada masalah lain, kita perlu bedah awak esok pagi. Takut anak awak lemas dalam perut." Aku terus mengiyakan segalanya. Dengan wajah yang tenang, aku mendengar penjelasan doktor itu. Doktor mula bertanya macam terutamanya berkenaan tanda-tanda sakit bersalik. Tapi masalahnya aku langsung tidak mengalami sakit bersalin.

apabila selesai diperiksa, aku keluar, berjumpa suamiku. Aku memberitahunya, yang aku akan dibedah esok pagi. hati suamiku agak luluh, kerana dia ingin aku bersalin secara normal. Apakan daya aku untuk menolak ketentuan Illahi......

to be continue....


p/s...

Wednesday, November 9, 2011

~POSITIF!!!!!~

Setelah 1 tahun 3 bulan menunggu, akhirnya urine test aku positif. Cuti tahun baru cina yang lepas, aku pernah buat UPT (Urine Pregnancy Test) lebih dari 5 kali setelah period aku lambat sebulan lebih. Tapi keputusan yang diperolehi negatif. Akibat tidak puas hati, aku pegi ke dua buah klinik, satu masih memberikan keputusan yang negatif tetapi satu lagi keputusan positif yang samar2. Suami tersayang tidak puas dengan keputusan yang mengelirukan itu, membeli lagi alat penguji kehamilan, tapi ternyata masih negatif. Walaupun negatif, kami masih berharap agar ada benih yang bercambah di dalam rahimku, tapi harapan itu hanya tinggal harapan. Pada 20 Februari 2011, tiba-tiba aku seperti bleeding. Risau sama ada keguguran atau memang darah haid. Risau akan kesihatan sendiri, suami membawa aku turun ke bandar Marudi untuk mengenal pasti sama ada keguguran atau tidak. Berjumpa dengan doktor dan berbincang sekejap, doktor menerangkan segala apa yang telah berlaku. Rupa-rupanya selama ini, hormon di dalam badan belum stabil, dan apabila 3 bulan lebih berkepit 24 jam 7 hari dengan suami, hormon baru nak beradaptasi dengan hormon suami. Itu yang menyebabkan ketidaktentuan jadual haid.

Bulan Mac, haid ku masih macam biasa. Kami suami isteri berharap sangat dapat menimang cahaya mata pada tahun ini setelah setahun lebih berjauhan. Bulan April 2011, aku merasakan kelainan pada sistem tubuh badan. Haid belum datang lagi untuk bulan ini tapi aku tidak mengharap lebih kerana haid aku memang sentiasa mengambil jangka masa yang panjang. Hujung bulan memang saat ditunggu kami suami isteri kerana boleh keluar ke bandar dan membayar hutang-hutang serta melepaskan tekanan setelah sebulan di sekolah. Aku mengadu pada suami mengenai rasa badan yang tidak selesa. Setelah peristiwa "false pregnancy" yang lepas, kami sentiasa menambah ilmu untuk mengetahui tanda-tanda kehamilan. Aku mengusulkan pada suami supaya membuat ujian kehamilan di rumah sahaja. Sebaik tiba di rumah, kami keluar mencari alat penguji kehamilan dan terus kembali ke rumah untuk mengetahui keputusan. Dalam keadaan yang berdebar-debar, akhirnya keputusan yang diperolehi POSITIF... ada dua line...=)

Untuk mengesahkan lagi, kami terus pergi ke klinik bagi mendapatkan kesahihan ujian tersebut. Berjumpa dengan doktor, dan membuat perkara yang sama, cek air kencing, doktor mengesahkan ia positif...Alhamdulillah,..Dari perkiraan doktor, beliau mengatakan bahawa janinku berusia 5 minggu...Alhamdulillah, syukur tidak terkata. Sebenarnya, sewaktu dalam perjalanan lagi, aku ada berdoa, andai benar hambaMu ini mengandung, gerakkanlah anak kecil di dalam kereta ini untuk menyapa ku. Doa ku dimakbulkan pada saat itu, kerana anak itu menepuk bahuku setelah aku berdoa..Dari situ, aku telah yakin bahawa aku mengandung, tapi aku berdiam diri tanpa memberitahu suami...

Syukur atas nikmat yang Engkau kurniakan. Ini hanya permulaan kehidupan berkeluarga. Disahkan mengandung, bermakna akan menjadi ibu dan ayah. Bantulah kami suami isteri...

p/: to be continued..this is only the starting to know that i'm pregnant....now i'm 8 months pregnancy mom..=)

Thursday, October 13, 2011

Cinta Tanpa Noda (Fatimah Syarha Mohd Noordin - SOLUSI Isu No.36)

Tak mampu ku dustai rasa ini,
Cukuplah dengan pertautan hati,
Belum masanya berhubung saban hari,
Awasi hati dan anggota, takutkan Ilahi.

Aduh!
Beratnya menggalas perasaan cinta,
Tatkala pacaran menjadi budaya,
Mujurlah wahyu menunjuk cara,
Jangan diikut sebahagian besar manusia.

Cintaku bukan cinta murahan,
Jati diri benteng pertahanan,
Cabaran komunikasi kutundukkan,
Mengawal hati formula kekuatan.

Aku berazam pada diri,
Juingin mahligai kasihku berdiri,
Tanpa kenangan cinta yang dicemari,
Tanpa noda kemurkaan Illahi.

Kuingin haidahkan cinta suci,
Buat insan yang kunikahi,
Dengan Allah sebagai juri,
Bukan nilaian nafsu sendiri.