i'm in love...

Daisypath Anniversary tickers

our beloved son....

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Thursday, November 11, 2010

~Cintailah Yang Maha Menyintai~




~Tadi sewaktu menunggu masakan tengahari ku masak (bubur nasi je pun), aku menghadap majalah solusi sekali lagi. Membaca artikel mengenai Cintakan Allah.Sejauh mana hati kita menyintai Allah. Adakah masih seperti mana kita menyintaiNYA sebelum melihat alam ini. Mungkin tidak. Semakin hari kita dibuai cinta pada dunia, cinta pada insan yang meninggi. Cinta pada Illahi kian pudar dimamah usia kita. Semakin lama, semakin kita jauh meninggalkan Allah yang sentiasa berada bersama kita. Ucapan Alhamdulillah selepas bangun tidur, kita lupakan. Ucapan Bismillah sebelum memulakan pekerjaan kita tinggalkan. Kerana apa??? Kerana hati kita telah mula cintakan dunia yang fana. Kita lupa segala nikmat yang Allah berikan. Bernafasnya kita hari ini, dapat makan dan minum hari ini, kita lupa semua itu adalah nikmat dan rezeki yang Allah berikan tanpa kita sedari.Alhamdulillah aku bersyukur padaMu kerana masih mendapat kesempatan untuk terus beribadah padaMu...

~Kemudian, aku teringat ujian yang datang menimpa diri ini. Dari saat aku menjadi permaisuri hati sedia, ingin aku berikan permata hati yang diimpikannya. Tapi apa dayaku, bukan aku dapat membeli atau memilih seperti mana memilih baju, sayur, ikan, buah-buahan di pasar. Aku hanya mampu berusaha dan berserah pada takdir mengenai rezeki itu. Allah itu Maha Penyayang, Dia uji diri ini bersama yang tercinta berkenaan dengan zuriat. Aku membuka pelbagai blog dan bahan bacaan berkenaan dengan masalah kami. Bukan aku sorang, tapi lebih ramai lagi insan bergelar isteri yang masih belum bergelar ibu, mummy, mama, umie di luar sana. Mereka lebih lama memendam rasa inginkan bayi dariku. Ada yang terpaksa menanggung rasa dan tohmahan sehingga 6-7 tahun. Apabila membaca coretan mereka, aku menitiskan airmata kerana aku faham apa yang mereka rasai. Bukan mudah untuk menepis segala pertanyaan saudara mara di luar sana. Sabar dan senyum pesan yang lain, tapi adakah ia semudah itu? hanya yang menanggungnya dapat merasai.

~S.A.B.A.R..ungkapan yang sering diungkapkan oleh kita. tapi sejauh manakah kesabaran kita..seikhlas manakah kita akan terus bersabar dan redha dengan segalanya. Untuk meningkatkan lagi kasih, cinta dan sayang ku pada Allah, aku akronimkan sabar itu menjadi, Setiap Allah Beri Ada Rahmatnya. Dia Maha Mengetahui. Aku sering mengingatkan diriku dengan ayat AlBaqarah 216, yang lebih kurang maksudnya, "Boleh jadi apa yang kamu suka itu tidak baik untuk kamu, manakala boleh jadi apa yang kamu benci itu baik untuk kamu."

ya Allah, aku mohon keredhaan dan kerahmatan dari Mu..Kurniakan kami suami isteri kesabaran yang tinggi atas kasih sayang yang Engkau berikan ini.

No comments:

Post a Comment