i'm in love...

Daisypath Anniversary tickers

our beloved son....

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Thursday, November 11, 2010

Cinta tidak Semestinya Sempurna

Saya copy paste dari : http://irtiyah.blogspot.com/
Copy paste puisi ini dari http://husinhusaini.blogspot.com/

Jika kamu memancing ikan...
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu...
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia
semula ke dalam air begitu saja...
Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya,ketajaman mata kailmu
dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga...
Click Here To Read More!
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU,
hendaklah kamu MENJAGA hatinya...
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja...
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu,
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu...

Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia
begitu teguh... cukuplah sekadar keperluanmu...
Apabila sekali ia retak... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula...
Akhirnya ia dibuang...

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya
mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi...
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya...
Janganlah kamu terlalu mengaguminya
dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa...
Anggaplah dia manusia biasa.

Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN
bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya...
Akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA
boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga
ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi,
yang kamu pasti baik untuk dirimu...
Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain...
Terlalu ingin mengejar kelazatan...
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya...
Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan,
yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.
MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU...
Mengapa kamu berlengah,
cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain
Kamu juga yang akan MENYESAL...

- Artikel iluvislam.com
DR.FADZILAH KAMSAH

~Cintailah Yang Maha Menyintai~




~Tadi sewaktu menunggu masakan tengahari ku masak (bubur nasi je pun), aku menghadap majalah solusi sekali lagi. Membaca artikel mengenai Cintakan Allah.Sejauh mana hati kita menyintai Allah. Adakah masih seperti mana kita menyintaiNYA sebelum melihat alam ini. Mungkin tidak. Semakin hari kita dibuai cinta pada dunia, cinta pada insan yang meninggi. Cinta pada Illahi kian pudar dimamah usia kita. Semakin lama, semakin kita jauh meninggalkan Allah yang sentiasa berada bersama kita. Ucapan Alhamdulillah selepas bangun tidur, kita lupakan. Ucapan Bismillah sebelum memulakan pekerjaan kita tinggalkan. Kerana apa??? Kerana hati kita telah mula cintakan dunia yang fana. Kita lupa segala nikmat yang Allah berikan. Bernafasnya kita hari ini, dapat makan dan minum hari ini, kita lupa semua itu adalah nikmat dan rezeki yang Allah berikan tanpa kita sedari.Alhamdulillah aku bersyukur padaMu kerana masih mendapat kesempatan untuk terus beribadah padaMu...

~Kemudian, aku teringat ujian yang datang menimpa diri ini. Dari saat aku menjadi permaisuri hati sedia, ingin aku berikan permata hati yang diimpikannya. Tapi apa dayaku, bukan aku dapat membeli atau memilih seperti mana memilih baju, sayur, ikan, buah-buahan di pasar. Aku hanya mampu berusaha dan berserah pada takdir mengenai rezeki itu. Allah itu Maha Penyayang, Dia uji diri ini bersama yang tercinta berkenaan dengan zuriat. Aku membuka pelbagai blog dan bahan bacaan berkenaan dengan masalah kami. Bukan aku sorang, tapi lebih ramai lagi insan bergelar isteri yang masih belum bergelar ibu, mummy, mama, umie di luar sana. Mereka lebih lama memendam rasa inginkan bayi dariku. Ada yang terpaksa menanggung rasa dan tohmahan sehingga 6-7 tahun. Apabila membaca coretan mereka, aku menitiskan airmata kerana aku faham apa yang mereka rasai. Bukan mudah untuk menepis segala pertanyaan saudara mara di luar sana. Sabar dan senyum pesan yang lain, tapi adakah ia semudah itu? hanya yang menanggungnya dapat merasai.

~S.A.B.A.R..ungkapan yang sering diungkapkan oleh kita. tapi sejauh manakah kesabaran kita..seikhlas manakah kita akan terus bersabar dan redha dengan segalanya. Untuk meningkatkan lagi kasih, cinta dan sayang ku pada Allah, aku akronimkan sabar itu menjadi, Setiap Allah Beri Ada Rahmatnya. Dia Maha Mengetahui. Aku sering mengingatkan diriku dengan ayat AlBaqarah 216, yang lebih kurang maksudnya, "Boleh jadi apa yang kamu suka itu tidak baik untuk kamu, manakala boleh jadi apa yang kamu benci itu baik untuk kamu."

ya Allah, aku mohon keredhaan dan kerahmatan dari Mu..Kurniakan kami suami isteri kesabaran yang tinggi atas kasih sayang yang Engkau berikan ini.

Wednesday, November 10, 2010

anakanda Nur Nadhirah Izzatie (250909-011110)


25.9.09-1.11.10 akhirnya siksa yang ditanggung dirinya berakhir jua...pergi meninggal alam yang fana di katil hospital muar di sisi ayahanda dan ibunda tercinta. aku yang berada di kejauhan ini hanya menangis kesedihan atas pemergiaan anakanda yang tersayang.Dia merupakan anak angkat kami suami isteri, insan kecil yang mulia dan suci bernama Nur Nadhirah Izzatie binti Muhd Juahir.Setelah sekian lama menanggung kesakitan dari usianya 3 bulan, akhirnya dia menghadap Penciptanya meninggalkan kami di dunia ini..

Hari ini sudah 10 hari anakanda meninggalkan kami..Gambar dan video pengubat rinduku terhadap dirinya. Walaupun bukan anakku, bukan keluar dari rahimku, tapi kasih sayangku terhadapnya seperti anak sendiri. Membaca tulisan suamiku di blognya, aku mengimbas kenanganku menjaganya di Institut Paediatrik di Hospital Kuala Lumpur. Membacakan selawat syifa' untuk mendodoinya, membuat air susu untuknya, melihat dirinya menangis kesakitan...ya Allah, sesungguhnya aku rindu anak itu..kurniakan kami pengubat hati pengganti dirinya...