i'm in love...

Daisypath Anniversary tickers

our beloved son....

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Monday, January 25, 2010

Luahan hati

Bila berada dalam keadaan tertekan, hati ini selalu mengingatkan bahawa itu semua dugaan dari Allah. Allah nak tengok sejauh mana hati ini cekal menghadapi ujian dan cabaran sebagai seorang guru. Tapi jauh di sudut hati, ingin sekali menngadu pada insan yang bergelar suami. Ingin berkongsi cerita dan pengalaman. Ingin mendengar kata-kata motivasi dan nasihat darinya. Ya Allah, aku perlukan kekuatan hati, fizikal dan mental untuk menempuhi hari esok. Aku berharap doa suamiku sentiasa menngiringi hari-hariku. Moga aku boleh menjadi seorang guru seperti dirimu.

Benarlah mendidik bukan kerja yang senang. Kita merancang, tetapi bila berada di kelas, lain yang jadi. Tapi itu bukan beerti kita gagal, tapi kita sedang belajar. itu yang selalu aku pesan pada diriku. Kita merancang, tp ingat Allah yang menentukan. Bukan senang nak membentuk pelajar. teringat saat aku bergelar seorang murid dahulu. Dicubit sekiranya tidak membuat kerja rumah. Didenda jika bercakap bahasa Melayu sewaktu kelas bahasa Inggeris. Adakah aku boleh menjalankan dendaan seperti itu pada masa sekarang.Mungkin tidak,. Jika anak dicubit, guru dipersalahkan. Jika didenda duit, guru dituduh makan duit murid. Aku buntu sekarang. Ingin rasa untuk berundur diri. tp kiranya aku berundur diri, bermakna aku kalah pada dugaan yang sekecil ini. aku musnahkan harapan orang tersayang yang mengharapkan aku keluar menjadi seorang guru.Perancangan demi perancangan untuk kelas yang akan datang, tp aku masih jumpa jalan buntu. Ya Allah, dosa apakah yang menyelubungi aku sehingga aku sukar menemui jalan yang betul bagi mendidik anak didikku.

Mungkin usaha aku belum setimpal dengan apa yang aku inginkan. Mulut berkata tapi tidak melakukan. Allah menguji keimananku, kesabaranku, ketakwaanku dalam menjalankan tugas mulia ini. Ya Allah, aku pohon padaMu agar hati ini sentiasa berserah dan bertawakal kepadaMu dalam apa jua pekerjaanku. Jadikan hati ini bersyukur dengan segala yang Engkau berikan kepadaku. UjianMu sungguh berat,.Pohon agar diri ini mampu menghadapinya..

Saat kerisauan dan tekanan seperti ini, ingin sekali mendengar suara yang tercinta. ingin sekali berbual dengan penawar hati. Dugaan demi dugaan.. selepas dua minggu menjadi isteri, aku berpisah dengan suami. saat mula praktikum, aku tidak dapat berhubung dengannya seperti biasa. Allah betul-betul menduga hati dua insan ini. Aku tahu, pasti hikmah jauh dan jarang berhubung akan membuah satu kerinduan dan kasih sayang yang amat bermakna dalam hubungan ini. Engkau jadikan hati ini hanya bertaut kerana kasih dan cintakan Mu, ya Allah. Syukran ya Allah atas ujian yang tidak terduga ini. moga kami lebih beriman dari hari ke hari amiin..

p/s: jiwa kacau yang sedang merapu apa ntah...huhuh...