i'm in love...

Daisypath Anniversary tickers

our beloved son....

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Thursday, August 27, 2009

Motivasi untuk guru

AYAM PUN MENGERAMKAN SEMUA TELURNYA - HAMEDAH WOK AWANG

Salah satu pantang besar pengetua saya adalah apabila guru menyerah kalah dan melabel pelajar bodoh. Beliau sentiasa menekankan pelajar mesti dididik dan diasuh sehinggalah ke saat akhir. Dalam unjuran tersebut, beliau hendak seratus peratus, tidak boleh tidak. Jenuh juga berdebat dengan beliau.

"Jangan sekali-kali cop pelajar hopeless. Mesti berikan mereka harapan dan mesti mempunyai keyakinan pada diri sendiri! Kita boleh menjadi guru terbaik," katanya.

"Saya tidak mahu kita lebih teruk daripada ayam. Ayam tidak pernah menolak telurnya untuk dieram.Malah kalau diletakkan telur itik pun dieramkan juga. Kalau ada telur yang terkeluar, dikuak kembali ke bawah kepaknya. Eram semua."

"Apabila menetas baru tahu tembelang atau tidaknya!"

Moral of story: Never give up to teach our student. They have their ability to be the best. Give oppurtinity to them. Let them show that they can be the best among the best.So, teacher needs to teach and motivate them not blame them. In future, they will become a useful person only because a person named 'teacher'..(^_^")

2 comments:

  1. Belom merasa apa maksud 'pelajar' dalam erti kata sebenar..telusuri jalan berduri, kaki akan berdarah. Berpaut pada hakikat..mengajar bukan satu profession, tapi sebuah kesabaran..=)

    selamat maju jaya!!

    ReplyDelete
  2. tidak pernah ada jalan yang mudah dalam menyusuri kehidupan.. kehidupan sendiri telah mengajar erti kesabaran..dan profession keguruan hanya salah satu dari cabang kehidupan manusia.. sabar memang payah, tp sabar itu guru kehidupan yang terbaik..

    mengajar dan belajarlah dari kehidupan untuk mendapat kesabaran yang tinggi..thanks 4 ur advice..sesungguhnya Allah bersama org2 yang sabar...=)

    ReplyDelete