i'm in love...

Daisypath Anniversary tickers

our beloved son....

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Thursday, October 13, 2016

Monolog hati

Allahu allah

Ujian datang bertalu-talu
Pedih sakit sedih
Ingin diluah tiada yang faham
Ingin dikongsi risau menyakiti

Diam diam diam
Sakit di dalam
Rosak jiwa
Rosak ketenangan

Di mana hilangnya redha?
Hilang dibawa arus sedih terluka
Kerna apa?
Kerna dunia masih di hati

Lepaskan.. Lepaskan dunia
Tinggalkan akhirat di hati
Ma fi qalbi ghairullah

Kuatkan hati
Allah itu ada
Allah itu berkuasa
Allah itu segalanya

Jangan terleka
Jangan terluka
Kerna luka dunia
Hanya sementara

Pergi.. Pergi kau menjauh
Tinggalkan hati ini untuk yang Esa
Titipkan hati ini dengan janji-janjiNya
Agar di sana bertemu RasulNya

Monday, August 8, 2016

Derita atau gembira?

Assalamualaikum.

Berdebu dah blog selepas ditinggalkan selama dua tahun tanpa sedar. Banyak perkara yang dah berlaku.

Anak kedua telah selamat dilahirkan tahun lepas. Dah besar dah sekarang. Mencecah usia setahun 6 bulan. Macam-macam keletah dan kerenah. Penghibur hati perawat luka.

Peristiwa 2012 berulang kembali tapi kali ini lain jalan ceritanya. Lain permulaannya dan tidak tahu apa pengakhirannya. Puas sudah difikirkan apakah hikmah di sebaliknya. Puas sudah diteliti apa imbuhannya. Tapi masih jua kosong yang diperolehi.

Hati menjadi ksong dan tiada perasaan dek takut dikecewakan. Benarlah, cinta manusia akan hilang tapi cinta Allah kekal abadi. Manusia tidak dapat penuhi segalanya kerana dia hanya hamba.

Allah didik hati dengan pelbagai ujian. Setelah lebih 2 minggu peristiwa berlaku, dihadiahkanNya dengan khabar gembira. Walhal aku telah menidakkan keupayaan untuk menambah umat islam tapi Allah kurniakan yang ketiga.

Setelah diketahui berita gembira, Allah datangkan berita lain pula. Gembira atau tidak aku hilang rasa. Seolah-olah bola yang boleh dibaling-baling. Jangan mudah membuat keputusan. Aku ambil masa. Aku perlu masa. Mungkin senang bagi orang lain tapi sukar untuk aku. Atas sebab apa, entahlah.

Tidak pernah sekali aku lupa berdoa untuk perkara tersebut diberikan kemudahan dalam apa jua hal. Sehingga aku lupa doakan kesihatan nyawa yang tengah membesar. Allahu.

Amanah yang telah hinggap lebih besar dari benda yang belum pasti. Allah uji dan Allah uji. Di mana aku boleh dapatkan kekuatan, jika bukan dari Allah.

Aku lemah. Aku tiada upaya. Aku tersungkur dalam air mata.

Pasrah. Redha. Sabar.

La hawla wala quwataillah billah..