Salam pembaca sekalian. Apa khabar iman sebelum Ramadhan?
~ Di hari pekerja awam menerima gaji bulanan, aku kehilangan telefon bimbit. Bukan murah untuk membeli baru walaupun baru terima gaji. Ada lagi yang lain perlu dibayar dengan gaji bulanan. Mulanya, agak marah dan terkilan dengan kesalahan sendiri kerana mengharapkan anak seusia 2 tahun 6 bulan mengerti dengan arahan yang diberi. Marah setinggi gunung dengan anak kecil itu tidak membuahkan apa-apa hasil. Meninggikan suara dengan si kecil itu tidak menjadikan telefon bimbit ditemui semula. Kesian melihat anakanda yang telah dikandung 9 bulan terdiam dan sedih bila dimarahi. Terfikir, andai telefon hilang, masih boleh dibeli, tapi kalau anak hilang, bukan senang mencari ganti.
~ Aku menngambil kira ini adalah ujian dari Allah. Ujian dari Allah bila kita hilang harta duniawi. Alhamdulillah aku hilang harta itu sebelum Ramadhan. Allah mahu aku lebih menumpukan perhatian dengan saham akhirat di saat Ramadhan ini berlalu. Allah letakkan aku di tempat ini supaya aku mampu meluangkan masa dengan anak yang kecil itu. Tarbiyah diri untuk percaya dan yakin apa yang Allah timpakan pada aku ada hikmah yang sangat besar.
~~~~ Allah sentiasa beri yang terbaik untuk hamba NYa. Sabar.
Thursday, June 26, 2014
Sunday, January 5, 2014
PUTUS ASA ATAU BERSABAR???
Salam sejahtera buat semua umat Islam di luar sana. Apa khabar iman? Apa khabar hubungan dengan Allah?
~ Bertahun lamanya aku meninggalkan dunia dakwah. Dunia aku mengajak orang ke arah kebaikan. Aku lalui dunia tersebut bersama-sama teman seperjuangan yang selalu menegur dan berjuang untuk menyebar agama Islam. Aku sepi dari dunia dakwah secara terus tapi aku masih ingin mengamalkannya dalam keluarga yang ada. Bukan untuk diri sendiri tapi untuk kesenangan semua.
~ Aku terlupa bahawa jalan dakwah itu bukannya mudah. Aku terlupa jalan dakwah itu banyak rintangannya. Aku terleka bahawa kerja dakwah itu banyak onak durinya. Aku terus mengajak teman, sahabat, keluarga untuk menjadi insan baik dari segala benda. Aku ingin hidup lebih baik di tahun 2014.
~ Aku hampir putus asa dalam kerja ini. Aku hampir putus asa untuk berbuat baik. Aku lemah dan tak berdaya untuk meneruskan kebaikan tapi apa perlu aku melakukan kejahatan. Allahu. Andai aku tidak mampu, Allah takkan letak aku di sini. Allah tahu aku memang perlu di sini dan kiranya aku tidak lagi perlu di sini, Allah akan tarik aku ke tempat lain.
~ Aku muhasabah. Aku kurang jaga hubungan dengan Allah, jadi macammana hubungan dengan manusia terjaga? Aku kurang meminta dengan Allah, bagaimana Allah memberi tanpa dipinta? Aku tidak melebihkan masa bersama Allah, bagaimana Allah nak memberi masa lebih pada kita? Aku tidak bersangka baik pada Allah, bagaimana orang lain nak bersangka baik pada Allah?
~ Aku perlu mulakan dulu. Aku perlu perbaiki semuanya. 2014 baru bermula beberapa hari. Jangan putus asa atas dugaan yang sekecil hama berbanding dugaan Rasul Allah yang tercinta. Allahu rabbi.. jadikan aku hamba yang akan terus mendokong seruan jihad dan dakwahmu. Islam akan terus tersebar walau apa jua halangan.
~ Jika bukan engkau, siapa lagi? Jika bukan sekarang, bila lagi? Jika bukan di sini, di mana lagi?
Subscribe to:
Posts (Atom)