i'm in love...

Daisypath Anniversary tickers

our beloved son....

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Tuesday, March 27, 2012

~Mujahid kecilku~

Salam buat pembaca dan blogger sekalian...

Tanggal 15 Disember 2011 pada pukul 11.35 pagi, lahirnya seorang mujahid yang setelah sekian lama dinanti. Bayi kecil ini lahir melalui pembedahan kerana berlaku beberapa komplikasi saat waktu untuk dilahirkan. Songsang dan kurang air ketuban. Allah saja yang tahu bagaiman rasanya bila mengetahui pelbagia komplikasi berlaku pada bayi yang dikandung.

Check up pada minggu ke 37, pada 14 Disember di Klinik tudan dilakukan seperti biasa. Tapi, sewaktu nurse memeriksa kandunganku, dia menyatakan kemungkinan besar anak itu songsang. Biasala, mereka lebih arif mengenai posisi anak yang berada dalam kandungan. Nurse menyuruh aku perg berjumpa dengan doktor. Apabila doktor meletakkan scan ke atas perutku, dengan serta merta, beliau mengarahkan aku masuk ke hospital untuk pembedahan dengan alasan air ketuban semakin sedikit.

Keluar dari klinik aku terus menelefon suamiku mengatakan aku perlu dimasukkan ke hospital. Suami berada di Marudi pada saat itu, dan aku berada di Miri. Buat pengetahun, Miri-marudi mengambil masa 2 jam perjalanan menggunakan kenderaan pacuan 4 roda. Menggelabah suamiku saat itu. Aku menelefon ibunda memberitahu hal yang sama, dan dia segera menjemputku di klinik.

Alhamdulillah, barang sudah aku kemaskan sebelum ini sebagai persediaan untuk beranak. Aku ambil beg barang-barangku, ibu pula sibuk mengemas makanan dan bekal untuk aku makan di hospital nanti. Ibu, dalam keadaan seperti itu, makan minum anaknya tetap menjadi keutamaan.. terima kasih ibu. Suamiku menyuruh menunggunya datang dan baru bertolak ke hospital, tapi ayahku telefon menyuruh pergi ke hospital terus. Setelah berbincang dengan suami, dia setuju untuk berjumpa di hospital. Suamiku amat gelisah kerana ini merupakan anak sulung kami setelah menunggu beberapa tahun.

Sampai di hospital, aku mencari tempat untuk mendaftarkan diri sebagai penghuni wad Hospital Miri. Di kaunter pendaftaran, mereka mengarahkan ke wad bersalin. Aikkk...Hairan, kenapa perlu ke wad bersalin, bukan nak beranak pun. Tapi aku turutkan arahan, kerana mereka lebih arif prosedur hospital. Di wad bersalin, aku melihat pelbagai ragam dan kerenah ibu-ibu yang sarat seperti aku. Tapi aku tidak kesakitan seperti mereka, tidak keluar darah atau air ketuban..Sementara menunggu untuk didaftarkan, aku melihat seorang ibu pecah air ketuban di hadapanku. Bergegas nurse membawanya ke atas katil bersalin. Aku yang tidak sakit ini dibawa ke satu bilik khas, untuk mendengar degup jantung kandunganku. Berbaring hampir sejam di situ membuatkan aku gelisah memikirkan samaada suamiku sudah sampai atau belum. Kedengaran bunyi telefonku berdering. Risau dan bosan bercampur aduk.

Doktor datang menjenguk ku di katil. mereka melihat bacaan yang terpapar di skrin mesin. datang pula doktor lain. Setelah berbincang antara satu sama lain, doktor tersebut menerangkan padaku apa yang akan berlaku. "Pn Dyg, bayi ini songsang dan air ketuban dah sedikit. Kalau songsang saja, kami boleh tlg urut untuk betulkan, tapi awak ada masalah lain, kita perlu bedah awak esok pagi. Takut anak awak lemas dalam perut." Aku terus mengiyakan segalanya. Dengan wajah yang tenang, aku mendengar penjelasan doktor itu. Doktor mula bertanya macam terutamanya berkenaan tanda-tanda sakit bersalik. Tapi masalahnya aku langsung tidak mengalami sakit bersalin.

apabila selesai diperiksa, aku keluar, berjumpa suamiku. Aku memberitahunya, yang aku akan dibedah esok pagi. hati suamiku agak luluh, kerana dia ingin aku bersalin secara normal. Apakan daya aku untuk menolak ketentuan Illahi......

to be continue....


p/s...