i'm in love...

Daisypath Anniversary tickers

our beloved son....

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Wednesday, November 9, 2011

~POSITIF!!!!!~

Setelah 1 tahun 3 bulan menunggu, akhirnya urine test aku positif. Cuti tahun baru cina yang lepas, aku pernah buat UPT (Urine Pregnancy Test) lebih dari 5 kali setelah period aku lambat sebulan lebih. Tapi keputusan yang diperolehi negatif. Akibat tidak puas hati, aku pegi ke dua buah klinik, satu masih memberikan keputusan yang negatif tetapi satu lagi keputusan positif yang samar2. Suami tersayang tidak puas dengan keputusan yang mengelirukan itu, membeli lagi alat penguji kehamilan, tapi ternyata masih negatif. Walaupun negatif, kami masih berharap agar ada benih yang bercambah di dalam rahimku, tapi harapan itu hanya tinggal harapan. Pada 20 Februari 2011, tiba-tiba aku seperti bleeding. Risau sama ada keguguran atau memang darah haid. Risau akan kesihatan sendiri, suami membawa aku turun ke bandar Marudi untuk mengenal pasti sama ada keguguran atau tidak. Berjumpa dengan doktor dan berbincang sekejap, doktor menerangkan segala apa yang telah berlaku. Rupa-rupanya selama ini, hormon di dalam badan belum stabil, dan apabila 3 bulan lebih berkepit 24 jam 7 hari dengan suami, hormon baru nak beradaptasi dengan hormon suami. Itu yang menyebabkan ketidaktentuan jadual haid.

Bulan Mac, haid ku masih macam biasa. Kami suami isteri berharap sangat dapat menimang cahaya mata pada tahun ini setelah setahun lebih berjauhan. Bulan April 2011, aku merasakan kelainan pada sistem tubuh badan. Haid belum datang lagi untuk bulan ini tapi aku tidak mengharap lebih kerana haid aku memang sentiasa mengambil jangka masa yang panjang. Hujung bulan memang saat ditunggu kami suami isteri kerana boleh keluar ke bandar dan membayar hutang-hutang serta melepaskan tekanan setelah sebulan di sekolah. Aku mengadu pada suami mengenai rasa badan yang tidak selesa. Setelah peristiwa "false pregnancy" yang lepas, kami sentiasa menambah ilmu untuk mengetahui tanda-tanda kehamilan. Aku mengusulkan pada suami supaya membuat ujian kehamilan di rumah sahaja. Sebaik tiba di rumah, kami keluar mencari alat penguji kehamilan dan terus kembali ke rumah untuk mengetahui keputusan. Dalam keadaan yang berdebar-debar, akhirnya keputusan yang diperolehi POSITIF... ada dua line...=)

Untuk mengesahkan lagi, kami terus pergi ke klinik bagi mendapatkan kesahihan ujian tersebut. Berjumpa dengan doktor, dan membuat perkara yang sama, cek air kencing, doktor mengesahkan ia positif...Alhamdulillah,..Dari perkiraan doktor, beliau mengatakan bahawa janinku berusia 5 minggu...Alhamdulillah, syukur tidak terkata. Sebenarnya, sewaktu dalam perjalanan lagi, aku ada berdoa, andai benar hambaMu ini mengandung, gerakkanlah anak kecil di dalam kereta ini untuk menyapa ku. Doa ku dimakbulkan pada saat itu, kerana anak itu menepuk bahuku setelah aku berdoa..Dari situ, aku telah yakin bahawa aku mengandung, tapi aku berdiam diri tanpa memberitahu suami...

Syukur atas nikmat yang Engkau kurniakan. Ini hanya permulaan kehidupan berkeluarga. Disahkan mengandung, bermakna akan menjadi ibu dan ayah. Bantulah kami suami isteri...

p/: to be continued..this is only the starting to know that i'm pregnant....now i'm 8 months pregnancy mom..=)