i'm in love...

Daisypath Anniversary tickers

our beloved son....

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Wednesday, June 1, 2011

Pasrah Atas Segalanya

Salam sayang buat pembaca sekalian...

Sekadar untuk berkongsi hati dan perasaan. Akhir-akhir ini kita telah digembirakan dengan berita pernikahan Sallih Yaakob yang telah melengkapkan kuota empat isteri seperti yang digalakkan oleh Islam bagi mana-mana lelaki yang mampu. Lelaki yang mampu berlaku adil dalam apa jua tindakan dalam bersuami isteri layak mempunyai empat isteri. Mana mampu untuk seorang isteri menghalang suaminya untuk memenuhi hasrat hati andai niat yang disampaikan itu baik. Wajar dinilai semua aspek apabila ingin menyetujui hasrat hati suami. Biar kadang merasakan bahawa tidak wajar dan patut seorang suami itu menduakan isterinya, tapi redha dan terimalah keadaan tersebut supaya suami tidak menanggung dosa berzina.

Kita sering merasakan diri memiliki suami, anak-anak, ibu dan ayah, padahal semua itu adalah milik Allah. Jangan merasa mempunyai hak sepenuhnya ke atas mereka, kerana kita tidak punya apa-apa dalam dunia ini.Hanya hamba yang meriah cinta dan redha Illahi. Kini, aku redha walaupun benda itu belum terjadi. Biar kenyataan itu sering bermain di bibirnya sekarang, aku hanya mengharapkan yang terbaik untuk dirinya. Andai benar ada lagi di luar yang memerlukan dirinya, aku hanya mengharap rezekinya bertambah agar dia mampu berlaku adil atas isteri-isterinya. Andai belum, jauhkanlah dia dari kelalaian yang akan menjauhkan dirinya daripada yang Esa.

Bukan diri ini tidak mencintai dirinya, bukan tidak sayang. Tapi khuatir sayang yang menggunung dan cinta yang terlampau akan membuatkan diri terlalu tinggi rasa memiliki sehingga sukar untuk menerima ketentuan Illahi. Aku sekarang terus menerus meletakkan rasa redha di dalam hati agar tidak kecewa di suatu hari. Pernah aku kecewa sehingga merasakan untuk membunuh diri tapi Allah masih lagi sayang, Dia beri peluang padaku untuk meneruskan hidup. Sayang dan cinta ku hanya untuk dirinya tapi aku tidak mahu hati ini mempunyai rasa memiliki. Ya Allah, aku sayang padanya, aku sayang iman dan takwanya. Aku mohon padaMu, Engkau kurniakan rasa bersyukur, jujur, berhemah dalam menjalankan amanah Mu selama di dunia ini.

Buat insan yang tersayang, dirindui selalu, dicintai dan dikasihi selamanya:

Maafkan diri ini abg,
Tidak sempurna di mata mu,
Tiada istimewa dalam hidupmu,
Tapi diri ini ingin menjadi yang terindah untukmu abg.

Suamiku,
Diri ini perlu kasih dan perhatian mu,
Tapi risau menyusahkan abg,
Terlalu banyak beban yang telah dipikulmu,
Maafkan diri ini wahai suamiku.

Kehadiranmu adalah anugerah terindah untuk diriku,
Menjadi pelindung dan pemimpin dalam hidupku,
Andai aku hilang dirimu, pasti hilang arah tuju hidupku,
Ya Allah, kekalkanlah ikatan kami,
Agar kelak beroleh syurgaMU.