i'm in love...

Daisypath Anniversary tickers

our beloved son....

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Friday, December 20, 2013

~PENGHARAPAN SELAMANYA~

Salam sejahtera semua pembaca sekalian.

Tirai 2013 akan berlabuh 11 hari lagi. 2014 akan bermula dengan pelbagai aktiviti. Besar diharapkan segala aktiviti mampu dijalankan dengan jayanya.

Bulan terakhir dalam setiap tahun dalamnya ada tarikh yang bermakna. Tarikh lahir ke dunia untuk menjadi khalifah Allah, tarikh berakhirnya kehidupan sebagai anak dara, tarikh bermulanya kehidupan sebagai cerminan sang suami, tarikh bermulanya bersengkang mata untuk permata hati. Pelbagai peristiwa yang penting dalam hidup. Apabila diimbau, pasti indah setiap detik yang telah berlalu. Moga Allah berkati setiap masa yang akan dilalui pada tahun 2014.

Seminggu lepas, kelainan berlaku dalam kitaran 'teman baik', hairan dengan sistem badan sendiri. Tak pernah berlaku dalam diri kitar kucar kacir seperti bulan ini. Jauh di sudut hati memang mengharapkan agar dapat mengulangi fasa kehamilan 2011. Akhirnya teman baikku mengatakan biarkan sehingga 14 hari dan selepas itu ianya istihadah. Walaupun hanya sedikit, tapi isu solat sangat terganggu. Emosi turut termain sehingga berlaku salah faham.

Masih berharap dan akan terus berharap. Bersangka baik dengan Allah pasti Allah beri apa yang kita sangkakan terhadapnya. YA ALLAH, engkau maha pengasih maha penyayang, andai ada dalam rahimku, kuatkan ia, kukuhkan ia, sihatkanlah ia agar terus berkembang sehingga dewasa nanti. YA ALLAH, berikan kami rezeki anak yang mampu kami didik untuk terus berjuang dalam agama. Perkenankanlah doa ini ya Allah.

Thursday, September 5, 2013

Syukur dengan semuanya!!

◆Kita melalui rancangan dan rencana Allah yang telah dihiasi dengan duri dan bunga. Bukan sekadar hiasan atau suka-suka, tapi untuk mengukir iman dan takwa dalam mengejar dunia yang sebenar.

◆Andai hati bertaut dan berkasih dengan dunia, dunialah yang akan menghiasi layar kehidupan. Andai hati bercinta dengan Allah, pasti indah apa jua hadiah dariNya.

◆Aku redha dengan kehidupanku. Aku akur jalan hidupku sebegini. Aku yakin Allah sentiasa ada untukku walau aku hilang dia dalam duniaku. Allah takkan berganjak dariku selagi aku tetap di jalanNYA.

◆ Aku percaya ada sudut baik dalam dirinya. Aku percaya dia hamba Allah yang taat dan beriman. Aku percaya dia boleh letakkan akhirat di hatinya. Aku akan terus berdoa dan berdoa. Kerna senjata paling kuat orang mukmin ialah doa.

◆ Gugur air mataku kerna belum sampai masa untuk aku menambah zuriat. Sedih dan hiba kerana ingin hati ini memenuhi hasrat dan impian. Tapi aku akur ada hikmah dan sebab kenapa belum sampai waktunya itu.

◆ Allah maha adil, maha penyayang, maha mengetahui. Allah sentiasa kurnia yang terbaik dengan hikmah yang sentiasa indah untuk syurgaNya kelak. Ingin bertemu kekasih Allah, ingin bersama di syurga nanti.

Friday, August 30, 2013

30 Ogos 2013

● Salam syawal dan merdeka buay semua pembaca.

● Di akhir syawal ni seolah tiada impak ramdhan yang telah berlalu. Ramadhan pergi, hati masih jua sepi dan sunyi.

● Ada benda di dalam dunia kita takkan dapat semuanya sebab mungkin Allah nak beri di akhirat yang kekal abadi.

● Perjalanan hidup kita tidak ketentuan, kadang bahagia, kadang kosong. Sebab kita sendiri yang menilai dan sentiasa mencari kekurangan dalam hidup. Bersyukurlah dengan nikmat dunia dan iman yang masih ada.

● Tidak salah mencari rezeki lebih tapi biar berbaloi dan stabil dunia akhirat.

●Kadang kita tidak puas dengan wang yang ada, tapi pernah terfikirkah keadaan fakir miskin yang makan tak tentu.
Kadang kita tidak puas hati dengan pasangan, tapi pernah terfikirkah bagaimana keadaan kita bila pasangan telah tiada?
Kadang kita marah pada anak-anak, tapi pernah terfikirkah sekiranaya anak-anak menjauhkan diri dari kita?

● Yakin pada Allah setiap atas yang berlaku. Fikirkan yang positif tentang Allah, insyaAllah Allah akan beri yang baik untuk kita.

● Muhasabah diri!!!

Monday, August 19, 2013

Siapa kita???

Siapa aku di hati nya.
Siapa aku di dunia nya.

Persoalan tentang kehidupan, kematian sukar dijawab.
Persoalan tentang jodoh dan rezeki sukar diketahui jawapannya.

Berusaha, berserah dan berdoa hanya itu mampu dilakukan.
Kerna kita hanya hamba nya.

Dugaan dalam hidup, datang dengan pelbagai rupa, baik senang atau susah.
Kaya itu ujian, miskin itu ujian.
Bahagia itu dugaan, sengsara itu dugaan.

Terpulang pada kita untuk menentukannya.
Terpulang pada kita jalannya.
Terpulang pada kita mengolahnya.

Dia Maha Adil. Dia Maha Kaya. Dia Maha Penyayang.
ALLAH sentiasa ada di hati kita tapi kita siapa di sisinya.

Tuesday, July 30, 2013

Kasih sayang Allahq

Salam pembaca blog sekalian. Salam ramadhan. Hari ini hari ke 20 berpuasa dan malam ini bermulalah pencarian lailatul qadar. Sejauh mana amalan kita sehingga hari ini? Adakah sekadar menahan lapar dan dahaga di siang hari semata-mata atau puasa ini dapat meningkatkan takwa dan iman pada Illahi?

Perancangan manusia memang terhad batasnya. Merancang memang mudah tapi untuk mendapatkannya bergantung kepada kehendak Allah terhadap kita. Kalau diimbas perkara yang berlaku dari awal tahun hijrah ini, banyak perkara yang tak terduga telah berlaku. Perancangan demi perancangan, ada yang diluluskan olehNYA, ada yang ditangguhkan dan dibatalkan permohonan.

Mengikut rencana awal, ada orang baru bakal hadir di dalam hidup selepas raya nanti tapi Allah tidak meluruskan jalannya dan perancangan yang dibuat terbatal di pertengahan jalan. Apa hikmah di sebaliknya? Aku sendiri tidak pasti sejelas mana hikmah yang tersembunyi.

Bulan seterusnya masih merancang menambah ahli keluarga, tapi Allah belum kurniakan rezeki itu untuk kami. Di mana dan apa hikmahnya?

Semakin hari berfikir dan berfikir kadang boleh menyebabkan fikiran kacau dan tidak waras. Tekanan hidup yang pelbagai menekan jiwa dan raga, kadang menyebabkan fikira melalut entah ke mana.

Allah menguji bukan ingin melihat hambaNya tersiksa. Allah menguji kerana Dia rindukan air mataku, rintihanku, rayuanku yang telah lama ditinggalkan. Allah hadirkan ujian bersilih ganti sebab ingin meletakkan diri kita di darjat yang tinggi. Masih beruntung lagi kita kiranya diuji, kita masih mampu untuk ingat ujian itu datang dari Allah.

Bantu hambaMu untuk terus beriman dan bertakwa padaMu. Tetapkan iman di hati. Kurniakan hidayah buat kami ini.

posted from Bloggeroid