i'm in love...

Daisypath Anniversary tickers

our beloved son....

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Monday, January 7, 2013

~Isnin yang menyesakkan~

Salam sejahtera bloggers sekalian. Macammana isnin anda? Menyegarkan atau menyesakkan?

~Sekali lagi pagi ini aku rasa sesak. Bangun agak lewat menyebabkan aku kelam kabut. Banyak perkara yang aku tidak selesaikan sebelum aku turun kerja. Walaupun sebahagiannya telah aku persiapkan pada hari sebelumnya. Aku turun dalam keadaan emosi yang sangat tidak menyeronokkan. Sejak akhir2 ini, aku mudah nak marah2. En. Suami pun turut terganggu dengan sikap aku. Seakan tidak layak bergelar isteri kerana sering melukakan hati imamku. Sangat aku tertekan dengan keadaan sekarang. Apa yang menganggu fikiran pun aku tak tahu.

~ Dalam perhimpunan, aku rasa terpukul dengan perkongsian guru besar. Beliau berkongsi mengenai hormat. Hormat pada diri sendiri adalah asas kepada hormat untuk yang lain. Aku terfikir, bagaimana cara menghormati diri sendiri? Apa aku tidak hormat pada diri sehinggakan aku tidak dapat hormat pada org lain? Semakin sesak dan terbeban aku dengan semua persoalan ini. Semakin berfikir, semakin aku hilang arah.

~ Aku harus berubah. Mesti dan WAJIB Aku harus mencari satu inspirasi supaya aku boleh berubah. Sedangkan dia mampu berubah, inikan aku. Kami sama-sama hamba, tiada yang lebih melainkan ukuran.iman dan takwa. Hanya Allah mengetahui. Aku mesti bertekad untuk berubah.

~ Ya Allah, engkau mengetahui hati ini, perasaan ini, emosi hamba mu ini. Permudahkan dan bantulah hamba ini untuk berubah. Aku tidak punya tempat mengadu melainkan engkau ya Allah. Beban di atas bahuku semakin meningkat. Engkau mengujiku saban hari. Ya Allah, ujianmu berat. Tapi aku tidak mahu dihentikan ujian , cuma aku ingin ditambah rasa sabar, dihindar rasa beban, dijauhkan rasa iri hati. Lindungi aku dari rasa dan sifat mazmumah.

~

Published with Blogger-droid v2.0.9

Saturday, January 5, 2013

Muhasabah diri sebelum kita bertemuNYA.


R E N U N G-RENUNGK A N:

1) Dari bujang-kahwin No 1 ----no.2 ----- DLL.

2) Dari pakai moto kap --- kancil-wira --- Honda ---- seterusnye..

3) Badminton ----- Golf ----

4) Rumah sewa---- rumah murah ---rumah teres --- banglow....

5) Technician ----supervisor -----engineer --- manager...

6) Tv 14' --- 21' --- 29' ---- Home theather...

7) Sg Danga --- Tanjung Leman ---Langkawi ---- Hadnyai --- Bangkok ..

8) Dalam semua segi kita mau kan perubahan kearah yang lebih baik dan glamour...

9) mancing kat parit /longkang ----sungai --- kolam (bayar punye)----laut dalam (sewa bot mewah)....... Kalong

..... T E T A P I...

KITA JUGA LUPA.... SEMAKIN BANYAK KITA KECAPI KEJAYAAN, SEMAKIN HAMPIRLAH SAAT KEMATIAN KITA....

DITAKUTI SEMAKIN BERJAYA, KITA SEMAKIN LUPA, SEMUA YANG KITA DAPAT ADALAH PEMBERIAN TUHAN...'ON LOAN'...

SETIAP KALI KITA BUAT ACTION PLAN ATAU BUAT REVISION, BERAPA BANYAKKAH KITA MASUKKAN ITEM-ITEM YANG MEMBAWA KEARAH 'PERSEDIAAN UNTUK MATI'

Umpamanya:

1) tak sembahyang ---- pastikan sembahyang-- -jadikan amalan.....

2) banyak maksiat ----- kurangkan ----- hapuskan....

3) Bangi ---- madinah ---- mekah---

4) sedekah RM1.00 ---- RM10.00 ---RM100.00/

5) sembahyang dirumah ---sembahyang di surau/masjid. ....

6) 5 jam sehari menonton TV ----- 3 jam TV & 2 jam majlis ILMU......

7) 3 jam baca suratkabar/majalah /internet ----- 2 jam majalah/surat khabar/internet & 1 jam membaca AL QURAN /selawat , zikir.

8) Apa-apa aktiviti yang hasilnya adalah untuk AKHIRAT.

Tetapi apa yang banyak berlaku pada ZAMAN AKHIR ini ialah PERSONAL improvement banyak kepada kearah KEDUNIAAN SEMATA. Perkara berkaitan AKHIRAT slowly di ketepikan... . .

Contohnya:

Kalau dulu rajin dan tak tinggal 5 waktu, tetapi beransur-ansur. .......

Kalau dulu tak kenal DANGDUT/KARAOKE. .. bila tuhan beri kenaikan pangkat &

gaji lebih benda seperti ni dah jadi biasa... Macam macam lagi yang kita pun sedia maklum dan tahu... malah berlaku dikalangan ahli keluarga kita, jiran, rakan-rakan, DLL. Jadi samalah kita membuat BALANCE ACTION PLAN, BALANCE OBJECTIVE & TARGET dan BALANCE IMPROVEMENT.

Tuhan beri semua makhluk didunia ini 24 jam sehari, tiadalah seorang pun yang mendapat kurang atau lebih barang sesaat pun... Tuhan juga memberi kita peluang untuk menggunakan masa yang ada untuk di manafaatkan. ..

dengan sebaik mungkin.. Tuhan hanya mahu kita beramal selama lebih kurang 40~~50 tahun demi untuk mendapat balasan Syurga untuk selamanya...

......infiniti. ......

Semuga tuhan terus memberi kita petunjuk dan hidayah untuk kita berjaya di dunia dan akhirat. 1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin..

2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus ..

3.. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.

4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung disyurga mengikut kehendak mereka.

5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung diudara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.

6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik..

7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa beserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.'

Telah bersabda Rasullullah S.A.W:

'Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.

2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.

3. Orang berpuasa di hari Arafah.'

Sekian untuk ingatan kita bersama.

Wassalam.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Thursday, January 3, 2013

hari ketiga 2013

Salam sejahtera semua bloggers dan pembaca blog.

~Hari kedua bekerja bertambah beban di bahu. Sepanjang bercuti aku gembira kerana dapat berkhidmat untuk suami tercinta. Memasak dan mengemas rumah sangat menyeronokkan. Tapi mula saja langkah ku kembali ke alam pekerjaan, aku hilang momentum dan emosi untuk suami,anak, dan diri. Ingin sekali melepaskan kerja yang ada, tapi desakan ekonomi amat memerlukan aku untuk terus membantu suami. Semoga Allah permudahkan urusanku siang dan malam.

~Hari ini aku sempat ke pasar membeli barang keperluan. En.suami ingin nak makan sup tulang. Akan aku usahakan membuat supaya kasih sayang yang aku alirkan dalam hasil tangan ku takkan putus.
InsyaAllah aku akan memasak dan mengatur masa aku dengan lebih baik. Ya Allah, bantu hambamu menjadi lebih baik setiap hari .

Published with Blogger-droid v2.0.9

Thursday, December 20, 2012

19122009-19122012~tigatahunbersama~

Salam buat semua bloggers. Semalam merupakan ulangtahun ketiga pernikahan ku. 3 tahun bersama halal sebagai suami isteri, banyak perkara duka dan suka dikongsikan. Kasih dan sayang semakin hari semakin bercambah. Walau kadang aku jarang mengungkapkan tapi jauh di sudut hatiku, hanya Alah yang tahu betapa aku bersyukur dengan kurniaan yang diberikan.

Ujian kerap datang dalam perhubungan. Puas aku mencari di mana silapnya, salahnya dalam perhubungan ini, tapi aku sering terlupa ujian datang tanda Allah sayang.

Allah sangat sayang aku sehingga aku diuji dengan pelbagai dugaan. Aku tidak mahu memohon dijauhlan ujian, cuma ku pohon agar aku punya kekuatan dan keredhaan dalam setiap langkah yang aku ada. Terkadang kita lupa bahawa manusia hanya manusia yang tidak akan mampu melawan kuasa illahi.

Semoga di tahun ketiga ini, kekasihku, suamiku, imamku, ayah kepada anak2ku,(MUHAMMAD KHAWAR HEZAZY BIN UTHMAN) akan menjadi lebih takwa dan lebih cinta akan Allah dan rasulnya supaya cinta kami tidak pernah pudar oleh cinta dunia. Semoga tautan hati ini akan kekal hingga akhir hayat dan bersambung di syurga kelak.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Tuesday, December 4, 2012

di mana iman ku?

assalamualaikum dan apa khabar iman semua pembaca.. hari2 berlalu berakhirnya bulan disember dan tahun 2012. apa akan berlaku di masa hadapan berada jauh dari langkauan aku hamba Allah. sekarang ujian datang tanpa henti. ayahanda suami disahkan menghidap penyakit saluran darah jantung tersumbat. Allahu. melihat perubahan kesihatan serta gerak geri selepas kembali dari Makkah, menyebabkan aku kuat untuk membawanya ke pakar. akhirnya terbongkar penyakit yang disimpan bertahun lama. tabah hati seorang ayah tidak pernah menyatakan kesakitan yang dialami.semoga ayahanda yang tersayang kembali sihat walafiat. kini imanku sangat lemah. sangat berada di tahap yang paling rendah dan tidak pernah ku alami keadaan seperti ini. aku ubat iman di hati dengan kalimah syahadah tanpa henti. istighfar dan zikir tidak lekang di hati dan bibir. risau aku hilang pedoman dan iman. kini aku berusaha memulihkan imanku yang berada di zon merah. allahu allah. jangan pernah jauh dari ini. aku ingin mengejar kemanisan iman dan cinta mu Allah. di saat ini ingin aku menangis sepenuh hati. banyak sunggguh dosa ku sehingga aku di uji sebegini rupa. adakah sinar syurga untuk ku? adakah senyuman rasullullah menungguku? ingin sekali aku menjejakkan kaki di tanah mekah supaya aku dapat merasa dekatnya aku dengan rasul. aku rindu rasul Allah. ingin rasa berjumpa dan meluahkan masalah kepada baginda. aku buntu. aku kaku. aku keliru. aku gelisah. aku resah. allahuallah. andai hati ini tidak sinar imannya, kurniakan aku cahaya keimanan. andai hati ini gelap gelita, limpahkan lampu ketakwaan dan kerendahan hati dalam menjalani dunia ini. andai hati ini telah penuh dengan kekotoran, sucikan lah dengan tangisan keinsafan. terimalah hambamu ini untuk menikmati keindahan redha dan cintamu ya Allah.