i'm in love...

Daisypath Anniversary tickers

our beloved son....

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Thursday, October 13, 2016

Monolog hati

Allahu allah

Ujian datang bertalu-talu
Pedih sakit sedih
Ingin diluah tiada yang faham
Ingin dikongsi risau menyakiti

Diam diam diam
Sakit di dalam
Rosak jiwa
Rosak ketenangan

Di mana hilangnya redha?
Hilang dibawa arus sedih terluka
Kerna apa?
Kerna dunia masih di hati

Lepaskan.. Lepaskan dunia
Tinggalkan akhirat di hati
Ma fi qalbi ghairullah

Kuatkan hati
Allah itu ada
Allah itu berkuasa
Allah itu segalanya

Jangan terleka
Jangan terluka
Kerna luka dunia
Hanya sementara

Pergi.. Pergi kau menjauh
Tinggalkan hati ini untuk yang Esa
Titipkan hati ini dengan janji-janjiNya
Agar di sana bertemu RasulNya

Monday, August 8, 2016

Derita atau gembira?

Assalamualaikum.

Berdebu dah blog selepas ditinggalkan selama dua tahun tanpa sedar. Banyak perkara yang dah berlaku.

Anak kedua telah selamat dilahirkan tahun lepas. Dah besar dah sekarang. Mencecah usia setahun 6 bulan. Macam-macam keletah dan kerenah. Penghibur hati perawat luka.

Peristiwa 2012 berulang kembali tapi kali ini lain jalan ceritanya. Lain permulaannya dan tidak tahu apa pengakhirannya. Puas sudah difikirkan apakah hikmah di sebaliknya. Puas sudah diteliti apa imbuhannya. Tapi masih jua kosong yang diperolehi.

Hati menjadi ksong dan tiada perasaan dek takut dikecewakan. Benarlah, cinta manusia akan hilang tapi cinta Allah kekal abadi. Manusia tidak dapat penuhi segalanya kerana dia hanya hamba.

Allah didik hati dengan pelbagai ujian. Setelah lebih 2 minggu peristiwa berlaku, dihadiahkanNya dengan khabar gembira. Walhal aku telah menidakkan keupayaan untuk menambah umat islam tapi Allah kurniakan yang ketiga.

Setelah diketahui berita gembira, Allah datangkan berita lain pula. Gembira atau tidak aku hilang rasa. Seolah-olah bola yang boleh dibaling-baling. Jangan mudah membuat keputusan. Aku ambil masa. Aku perlu masa. Mungkin senang bagi orang lain tapi sukar untuk aku. Atas sebab apa, entahlah.

Tidak pernah sekali aku lupa berdoa untuk perkara tersebut diberikan kemudahan dalam apa jua hal. Sehingga aku lupa doakan kesihatan nyawa yang tengah membesar. Allahu.

Amanah yang telah hinggap lebih besar dari benda yang belum pasti. Allah uji dan Allah uji. Di mana aku boleh dapatkan kekuatan, jika bukan dari Allah.

Aku lemah. Aku tiada upaya. Aku tersungkur dalam air mata.

Pasrah. Redha. Sabar.

La hawla wala quwataillah billah..

Thursday, June 26, 2014

~Kehilangan di Kala Ramadhan Menjelma~

Salam pembaca sekalian. Apa khabar iman sebelum Ramadhan?

~ Di hari pekerja awam menerima gaji bulanan, aku kehilangan telefon bimbit. Bukan murah untuk membeli baru walaupun baru terima gaji. Ada lagi yang lain perlu dibayar dengan gaji bulanan. Mulanya, agak marah dan terkilan dengan kesalahan sendiri kerana mengharapkan anak seusia 2 tahun 6 bulan mengerti dengan arahan yang diberi. Marah setinggi gunung dengan anak kecil itu tidak membuahkan apa-apa hasil. Meninggikan suara dengan si kecil itu tidak menjadikan telefon bimbit ditemui semula. Kesian melihat anakanda yang telah dikandung 9 bulan terdiam dan sedih bila dimarahi. Terfikir, andai telefon hilang, masih boleh dibeli, tapi kalau anak hilang, bukan senang mencari ganti.

~ Aku menngambil kira ini adalah ujian dari Allah. Ujian dari Allah bila kita hilang harta duniawi. Alhamdulillah aku hilang harta itu sebelum Ramadhan. Allah mahu aku lebih menumpukan perhatian dengan saham akhirat di saat Ramadhan ini berlalu. Allah letakkan aku di tempat ini supaya aku mampu meluangkan masa dengan anak yang kecil itu. Tarbiyah diri untuk percaya dan yakin apa yang Allah timpakan pada aku ada hikmah yang sangat besar.

~~~~ Allah sentiasa beri yang terbaik untuk hamba NYa. Sabar.

Sunday, January 5, 2014

PUTUS ASA ATAU BERSABAR???

Salam sejahtera buat semua umat Islam di luar sana. Apa khabar iman? Apa khabar hubungan dengan Allah?

~ Bertahun lamanya aku meninggalkan dunia dakwah. Dunia aku mengajak orang ke arah kebaikan. Aku lalui dunia tersebut bersama-sama teman seperjuangan yang selalu menegur dan berjuang untuk menyebar agama Islam. Aku sepi dari dunia dakwah secara terus tapi aku masih ingin mengamalkannya dalam keluarga yang ada. Bukan untuk diri sendiri tapi untuk kesenangan semua.



~ Aku terlupa bahawa jalan dakwah itu bukannya mudah. Aku terlupa jalan dakwah itu banyak rintangannya. Aku terleka bahawa kerja dakwah itu banyak onak durinya. Aku terus mengajak teman, sahabat, keluarga untuk menjadi insan baik dari segala benda. Aku ingin hidup lebih baik di tahun 2014.

~ Aku hampir putus asa dalam kerja ini. Aku hampir putus asa untuk berbuat baik. Aku lemah dan tak berdaya untuk meneruskan kebaikan tapi apa perlu aku melakukan kejahatan. Allahu. Andai aku tidak mampu, Allah takkan letak aku di sini. Allah tahu aku memang perlu di sini dan kiranya aku tidak lagi perlu di sini, Allah akan tarik aku ke tempat lain. 

~ Aku muhasabah. Aku kurang jaga hubungan dengan Allah, jadi macammana hubungan dengan manusia terjaga? Aku kurang meminta dengan Allah, bagaimana Allah memberi tanpa dipinta? Aku tidak melebihkan masa bersama Allah, bagaimana Allah nak memberi masa lebih pada kita? Aku tidak bersangka baik pada Allah, bagaimana orang lain nak bersangka baik pada Allah?

~ Aku perlu mulakan dulu. Aku perlu perbaiki semuanya. 2014 baru bermula beberapa hari. Jangan putus asa atas dugaan yang sekecil hama berbanding dugaan Rasul Allah yang tercinta. Allahu rabbi.. jadikan aku hamba yang akan terus mendokong seruan jihad dan dakwahmu. Islam akan terus tersebar walau apa jua halangan.

~ Jika bukan engkau, siapa lagi? Jika bukan sekarang, bila lagi? Jika bukan di sini, di mana lagi?



Friday, December 20, 2013

~PENGHARAPAN SELAMANYA~

Salam sejahtera semua pembaca sekalian.

Tirai 2013 akan berlabuh 11 hari lagi. 2014 akan bermula dengan pelbagai aktiviti. Besar diharapkan segala aktiviti mampu dijalankan dengan jayanya.

Bulan terakhir dalam setiap tahun dalamnya ada tarikh yang bermakna. Tarikh lahir ke dunia untuk menjadi khalifah Allah, tarikh berakhirnya kehidupan sebagai anak dara, tarikh bermulanya kehidupan sebagai cerminan sang suami, tarikh bermulanya bersengkang mata untuk permata hati. Pelbagai peristiwa yang penting dalam hidup. Apabila diimbau, pasti indah setiap detik yang telah berlalu. Moga Allah berkati setiap masa yang akan dilalui pada tahun 2014.

Seminggu lepas, kelainan berlaku dalam kitaran 'teman baik', hairan dengan sistem badan sendiri. Tak pernah berlaku dalam diri kitar kucar kacir seperti bulan ini. Jauh di sudut hati memang mengharapkan agar dapat mengulangi fasa kehamilan 2011. Akhirnya teman baikku mengatakan biarkan sehingga 14 hari dan selepas itu ianya istihadah. Walaupun hanya sedikit, tapi isu solat sangat terganggu. Emosi turut termain sehingga berlaku salah faham.

Masih berharap dan akan terus berharap. Bersangka baik dengan Allah pasti Allah beri apa yang kita sangkakan terhadapnya. YA ALLAH, engkau maha pengasih maha penyayang, andai ada dalam rahimku, kuatkan ia, kukuhkan ia, sihatkanlah ia agar terus berkembang sehingga dewasa nanti. YA ALLAH, berikan kami rezeki anak yang mampu kami didik untuk terus berjuang dalam agama. Perkenankanlah doa ini ya Allah.

Thursday, September 5, 2013

Syukur dengan semuanya!!

◆Kita melalui rancangan dan rencana Allah yang telah dihiasi dengan duri dan bunga. Bukan sekadar hiasan atau suka-suka, tapi untuk mengukir iman dan takwa dalam mengejar dunia yang sebenar.

◆Andai hati bertaut dan berkasih dengan dunia, dunialah yang akan menghiasi layar kehidupan. Andai hati bercinta dengan Allah, pasti indah apa jua hadiah dariNya.

◆Aku redha dengan kehidupanku. Aku akur jalan hidupku sebegini. Aku yakin Allah sentiasa ada untukku walau aku hilang dia dalam duniaku. Allah takkan berganjak dariku selagi aku tetap di jalanNYA.

◆ Aku percaya ada sudut baik dalam dirinya. Aku percaya dia hamba Allah yang taat dan beriman. Aku percaya dia boleh letakkan akhirat di hatinya. Aku akan terus berdoa dan berdoa. Kerna senjata paling kuat orang mukmin ialah doa.

◆ Gugur air mataku kerna belum sampai masa untuk aku menambah zuriat. Sedih dan hiba kerana ingin hati ini memenuhi hasrat dan impian. Tapi aku akur ada hikmah dan sebab kenapa belum sampai waktunya itu.

◆ Allah maha adil, maha penyayang, maha mengetahui. Allah sentiasa kurnia yang terbaik dengan hikmah yang sentiasa indah untuk syurgaNya kelak. Ingin bertemu kekasih Allah, ingin bersama di syurga nanti.

Friday, August 30, 2013

30 Ogos 2013

● Salam syawal dan merdeka buay semua pembaca.

● Di akhir syawal ni seolah tiada impak ramdhan yang telah berlalu. Ramadhan pergi, hati masih jua sepi dan sunyi.

● Ada benda di dalam dunia kita takkan dapat semuanya sebab mungkin Allah nak beri di akhirat yang kekal abadi.

● Perjalanan hidup kita tidak ketentuan, kadang bahagia, kadang kosong. Sebab kita sendiri yang menilai dan sentiasa mencari kekurangan dalam hidup. Bersyukurlah dengan nikmat dunia dan iman yang masih ada.

● Tidak salah mencari rezeki lebih tapi biar berbaloi dan stabil dunia akhirat.

●Kadang kita tidak puas dengan wang yang ada, tapi pernah terfikirkah keadaan fakir miskin yang makan tak tentu.
Kadang kita tidak puas hati dengan pasangan, tapi pernah terfikirkah bagaimana keadaan kita bila pasangan telah tiada?
Kadang kita marah pada anak-anak, tapi pernah terfikirkah sekiranaya anak-anak menjauhkan diri dari kita?

● Yakin pada Allah setiap atas yang berlaku. Fikirkan yang positif tentang Allah, insyaAllah Allah akan beri yang baik untuk kita.

● Muhasabah diri!!!

Monday, August 19, 2013

Siapa kita???

Siapa aku di hati nya.
Siapa aku di dunia nya.

Persoalan tentang kehidupan, kematian sukar dijawab.
Persoalan tentang jodoh dan rezeki sukar diketahui jawapannya.

Berusaha, berserah dan berdoa hanya itu mampu dilakukan.
Kerna kita hanya hamba nya.

Dugaan dalam hidup, datang dengan pelbagai rupa, baik senang atau susah.
Kaya itu ujian, miskin itu ujian.
Bahagia itu dugaan, sengsara itu dugaan.

Terpulang pada kita untuk menentukannya.
Terpulang pada kita jalannya.
Terpulang pada kita mengolahnya.

Dia Maha Adil. Dia Maha Kaya. Dia Maha Penyayang.
ALLAH sentiasa ada di hati kita tapi kita siapa di sisinya.

Tuesday, July 30, 2013

Kasih sayang Allahq

Salam pembaca blog sekalian. Salam ramadhan. Hari ini hari ke 20 berpuasa dan malam ini bermulalah pencarian lailatul qadar. Sejauh mana amalan kita sehingga hari ini? Adakah sekadar menahan lapar dan dahaga di siang hari semata-mata atau puasa ini dapat meningkatkan takwa dan iman pada Illahi?

Perancangan manusia memang terhad batasnya. Merancang memang mudah tapi untuk mendapatkannya bergantung kepada kehendak Allah terhadap kita. Kalau diimbas perkara yang berlaku dari awal tahun hijrah ini, banyak perkara yang tak terduga telah berlaku. Perancangan demi perancangan, ada yang diluluskan olehNYA, ada yang ditangguhkan dan dibatalkan permohonan.

Mengikut rencana awal, ada orang baru bakal hadir di dalam hidup selepas raya nanti tapi Allah tidak meluruskan jalannya dan perancangan yang dibuat terbatal di pertengahan jalan. Apa hikmah di sebaliknya? Aku sendiri tidak pasti sejelas mana hikmah yang tersembunyi.

Bulan seterusnya masih merancang menambah ahli keluarga, tapi Allah belum kurniakan rezeki itu untuk kami. Di mana dan apa hikmahnya?

Semakin hari berfikir dan berfikir kadang boleh menyebabkan fikiran kacau dan tidak waras. Tekanan hidup yang pelbagai menekan jiwa dan raga, kadang menyebabkan fikira melalut entah ke mana.

Allah menguji bukan ingin melihat hambaNya tersiksa. Allah menguji kerana Dia rindukan air mataku, rintihanku, rayuanku yang telah lama ditinggalkan. Allah hadirkan ujian bersilih ganti sebab ingin meletakkan diri kita di darjat yang tinggi. Masih beruntung lagi kita kiranya diuji, kita masih mampu untuk ingat ujian itu datang dari Allah.

Bantu hambaMu untuk terus beriman dan bertakwa padaMu. Tetapkan iman di hati. Kurniakan hidayah buat kami ini.

posted from Bloggeroid

Monday, April 29, 2013

~Destinasi Cinta~


Salam untuk semua. Moga Allah merahmat dirimu. 
Semakin ku cari cinta, semakin ku hilang dan lemah. 
Hati ku gelap tiada cahaya, penuh dengan kekotoran yang sukar disucikan.
Semoga akhir hayatku berakhir dengan nur iman yang benar.



DESTINASI CINTA (MESTICA)

Menyingkap tirai hati
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan

Tak ternilai airmata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Tak kan berpaling pada palsu duniawi

Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi

C/O
Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-Mu

Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati
(Destinasi cinta Ilahi)

Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu
Namun masihku mengharap ampunan-Mu
Wahai Tuhanku? Ya Allah?

Thursday, April 11, 2013

~PSP~Pasang Surut Perjuangan~


Salam sejahtera buat semua pembaca dan penulis blog sekalian. Apa khabar iman di hari ini? Sudahkah kita beristighfar dan bersyukur dengan segala nafas yang masih lagi digunakan untuk meneruskan kehidupan? Astaghfirullah walhamdulillah ala kul li hal.

~ Terkejut, terkedu aku oleh berita yang dibawakan olehnya sebentar tadi. Pernah aku menyatakan andai tidak menjadi aku takkan bergembira, andai jadi, aku takkan bersedih, kerana pilihan jalan yang aku pilih hanya kerana ingin redha dan rahmat Allah. Jalan yang aku pilih hanya untuk gembirakan hati semua kerana Allah. Andainya ini ketentuan Allah, aku redha dan berdoa semoga kami sentiasa mendapat rahmat dan kasih sayang Allah. Bukan mudah untuk aku melupakan kerana sayang mekar di hati. Semoga engkau redha dan menjadi lebih baik di masa depan.

//kecewa?? Allah tetap ubatnya//

//Jadi yang orang yang baik, pasti Allah datangkan pasangan yang baik//

~ Dalam berjuang, jangan pernah takut dengan apa yang orang kata, kerana Allah akan pertahankan kita jika kita benar. Allah sentiasa bersama jika kita yakin denganNYA. Tadi di sekolah, adik sekerjaku, menyatakan sebenar penampilannya adalah sepertiku, tudung labuh bulat sentiasa diserkupkan di kepala. Tetapi apabila sampai untuk mendaftar, dia mengubah tudung ke tudung biasa yang masih besar kerana takut ditegur buat kedua kalinya dalam hidup perguruan. Aku menyatakan padanya, apa takut dengan orang kata. Buat saja kerana kita menegakkan Islam dan pemakaian yang betul.

~ Teringat pada hari pertama aku melaporkan diri, aku mengenakan tudung labuh hitam sehingga ada yang menyatakan aku mualaf, aku ustazah, di sekolah itu ada murid Islam dan macam-macam lagi. Apa salah kita menegakkan pemakaian yang benar di sisi Islam.Jangan khuatir dalam berjuang, kerana perjuangan tidak pernah manis berpanjangan. Aku berpesan kepadanya, pakailah, biar apa orang kata. Mereka tidak berhak untuk menentukan di mana kita berada di sana nanti, melainkan dengan usaha kita sendiri.

// indah bukan jika sebegini?//

//jadilah idaman hati suami, jangan jadi habuan nafsu lelaki//

~ Setiap langkah yang kita ada, pastikan diletakkan Allah sedang memerhati. Kita takut melihat wajah manusia marah kerana perbuatan salah kita, adakah kita tidak takut melihat kemurkaan Allah dengan silap yang kita buat dalam hidup? Kita gembira melihat wajah orang yang kita sayang tenang dan bahagia kerana kebaikan yang kita buat, tidak mahukah kita melihat Allah dan rasul gembira dengan ketakwaan kita? Jangan dek kerana manusia itu nampak di mata kasar kita, kita sanggup buat apa saja. Ingat Allah boleh tunjuk kuasanya tampak kita minta dan tak boleh kita elak.
 
//Letak Allah di hati, dunia di tangan//
 ~ Apa jua yang berlaku, semoga ukhuwah yang terbina dengan siapa pun, akan masih kekal hingga ke akhir hayat. Mungkin kita jarang bercakap, tapi insyaAllah, aku tetap akan mendoakanmu duhai teman.

//Sahabat, moga Allah sentiasa bersamamu//

Monday, April 8, 2013

Persoalan tanpa jawapan

~Salam sejahtera semua umat Muhammad yang masih berada di muka bumi Allah. Amanah Allah masih ada yang perlu kita selesaikan dalam setiap hembusan nafas yang kita ada. Kalau menilai setiap detik waktu yang bergerak dengan mengingati pemerhatian Allah, pasti kita merasa bersalah kerana dalam setiap detik itu pasti yang terlepas dari keberkatan dan lurusnya jalan yang sepatutnya. Astaghfirullahalazim. Patut pun Rasul Allah menyuruh kita sentiasa beristighfar kerana dengan istighfar boleh membantu menghapus dosa yang tidak nampak dek mata kasar.

~ Banyak perkara yang di luar jangkauan berlaku sepanjang minggu ini. Perkara yang tiada jawapan untuk soalanyang ditujukan. Aku hidup dalam keadaan tertanya-tanya apa yang berlaku, apa yang akan berlaku, apa yang telah berlaku. Tapi apa daya aku sebagai hamba untuk mempersoalkan setiap benda yang berlaku. Walaupun terkadang hati aku suram dengan keadaan yang tidak jelas ini, aku sering mengingatkan diriku dengan kenyataan bahawa Allah akan berikan aku yang terbaik untuk setiap masa yang dilalui.

~ Kadang terfikir perkara yang bukan-bukan di benak minda. Sebelum ini semangat berkobar-kobar untuk berkongsi jasad dan hati, tapi sekarang semuanya diam seribu bahasa. Semua membawa haluan masing-masing seolah-olah nanti akan berlaku dua haluan yang berbeza. Aku kelu dan terkedu dengan situasi ini. Aku hanya mampu memohon petunjuk. Dari ceramah yang didengar dari seorang ustaz yang amat terkenal, beliau mengatakan istikharah ini untuk memohon petunjuk. Dari doanya pun sudah diketahui, kalau baik,permudahkanlah, kalau tidak baik, jauhkanlah. Aku tetap mengamalkannya dan semakin hari aku mendapat jawapan yang kedua. Allahu. adakah hati ini masih kotor atau ia sememangnya jawapan?.

~ Persoalan masa depan sukar untuk dijangkakan jawapannya kerana ia di luar jangkauan akal, mata dan hati manusia. Jangan pernah menyesal dengan jawapan yang diberikan Allah kerana Allah sayang diri seorang hamba yang sering memohon petunjuk dari Nya. Sabar atau tidak kita dalam menghadapi setiap langkah ujian yang mendatang.

~ Persoalan akhirat lebih penting untuk difikirkan. Di sana tiada masa untuk mengundur diri dari tanggungjawab yang diamanahkan. Di sana tiada lagi istilah maaf dan ampun untuk kita hamba Allah. Yang ada hanya perhitungan neraca timbangan sama ada syurga atau neraka. Sama ada selama kita hidup memilih untuk berbahagia atau merana. Lebihkan masa untuk memikirkan arah tuju kita di 'sana' yang memang kekal abadi daripada penat memikirkan persoalan yang tiada jawapan.

Thursday, April 4, 2013

Engkau Sahaja Penolongku, Ya Allah


Rahmat Ujian

Album : Layar Keinsafan
Munsyid : Mestica
http://liriknasyid.com


Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu

Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

c/o
Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi

c/o

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

repeat c/o 2x

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu

Aku tidak berdaya lagi...


Pasrah Segalanya

Album :
Munsyid : DeHearty
http://liriknasyid.com


Pernah hati ini terguris
Dengan fitnah dan tohmahan menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerana tiada siapa yang sudi membela
Kutabahkan hatiku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku di lautan sepi
Ditinggalkan mereka yang aku percayai

Namun ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Kuserahkan segala padaMu Tuhan
Yang berkuasa jua mencipta
Kerana engkau MAha Mengetahui
SEgala apa yang terbuku di hati

C/O:Ya Allah tidakku terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah telah kutemui
Mengakhiri segala yang telah aku mulai
Ya Allah engkau lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan
Agar tidakku berhenti di pertengahan

Kini di sini aku berdiri
Bersama harapan yang tulus suci
Agar terbitlah kembali menteri pagi
Setelah malamku berkalut benci

lagu & lirik : Syam(Syamer DeHearty

Wednesday, April 3, 2013

~ku biar kalam berbicara~

Keluh kesahnya merisaukan aku. Masalah apa yang merunsingkan minda dan hatinya? Makan pun seolah tiada selera. Bukan aku tidak tahu perangainya, sikapnya. Tapi kali ini aku lihat ia sangat berat sekali.

Ingin aku mendengar luahan hatinya tapi dia menjangka aku akan emosi. Biarlah dia dalam kondisinya, pasti dia akan bercerita bila tiba saatnya nanti. Tiada lain yang mampu aku lakukan, hanya doa kepada Allah. Di jauh sudut hatiku sebenarnya aku sangat sedih melihat sikapnya sebegitu. 

Ya Allah, andai apa yang Engkau berikan kepadanya adalah satu teguran kerana Engkau merindui dirinya, sentuhlah hatinya sedalamnya sehingga dia merasa rindu dengan segala kasih sayangMu. Ya Allah, kami hanya hamba yang lemah, kurniakan kami rasa cinta dan kasih pada segala yang engkau berikan. Jadikan kami mujahid mu yang terus kekal dengan niat yang betul. Kami redha atas ujianMu tapi jangan biarkan kami hanyut dalam kesedihan dan putus asa. 

Monday, April 1, 2013

~ Petanda atau dugaan~

Salam pembaca sekalian. Apa khabar iman dan ukhuwah kita sesama umat?.

~ Pelbagai insiden telah berlaku. Bertikam lidah, bertengkar lumrah dalam kehidupan berumah tangga tapi andai terlalu kerap ia menjadi satu sel barah yang akan merebak dan merosakkan hubungan suami isteri. Kadang isu yang ditimbulkan bukan isu baru, ia isu lama yang masih belum ada penyelesaiannya.

~ Aku kadang terfikir apa yang berlaku ini adakah ia dugaan atau petanda terhadap apa yang aku pohon? Seolah-olah jawapan kepada permintaan yang selalu khabarkan kepada Illahi dalam sujudku. Aku khuatir untuk terlalu yakin, khuatir ia bisikan syaitan. Tapi kuat di sudut hatiku ia adalah jawapan dari Allah.



~ Ya Allah, aku akan terus memohon. Andai itu jalan yang terbaik, aku redha ya Allah, tapi sekiranya itu adalah jalan yang menghancurkan, jauhkan ia dari kami. Hanya Engkau yang mengetahui apa yang terbaik untuk hambaMu ini.

Thursday, March 21, 2013

~Suratan atau kebetulan???


Salam sejahtera sekali pembaca dan saudara-saudaraku.

Apa khabar iman kita di hari ini?

Adakah ini suratan atau hanya satu kebetulan sahaja?

~ Di saat aku ingin menghulurkan bantuan kepada seorang hamba Allah, Allah tarik semua nikmat yang padahal aku dapat sebelum itu. Aku seolah-olah tidak diizinkan membantu melancarkan perancangannya. Adakah ini hanya satu kebetulan atau ia sememangnya petunjuk buat kami. Pada mulannya aku menganggap ini hanya kebetulan. Bukan rezeki ku. Tapi, ia terjadi sekali lagi, apabila aku mengusulkan perancangan untuk cuti ini. Salah satu berkaitan dengan perancangannya, aku mengusulkan untuk menyelesaikan dalam cuti ini tapi pada keesokkan harinya selepas usul aku tadi, Allah menarik balik kemudahannya. Dia terpaksa membatalkan cuti-cutinya. Allahu, setiap kali aku ingin menghulurkan bantuan, pasti ada halangan. Apakah sebenarnya yang Allah ingin sampaikan kepada kami?

~ Sebelum ini, tidak pernah kami merasa ketidakcukupan dalam melalui hari-hari bersama. Cuma kadang sekarang seolah-olah ada yang ingin Allah sampaikan kepada kami. Aku tidak mengerti apa sebenarnya yang terjadi, tapi aku berharap dan berdoa agar Allah sentiasa memberikan kami yang terbaik dan redhaNya sentiasa ada dalam setiap langkah kami berjuang dalam jalanNYa.

~ Aku teruskan jua dengan doaku agar diberikan petunjuk dan jalan yang benar. Andai apa yang dipilih memang elok untuk agama dan semua urusan kami di masa hadapan, Allah akan permudahkan jalannya. Tapi sekiranya ia hanya menambah mudharat dalam kehidupan kami, pasti Allah akan jauhkan ia dari kami.

~Persoalannya wujudkah kebetulan padahal semuanya sebenarnya telah ada dalam perancangan Allah. Allahu….

Tuesday, March 19, 2013

~Biar pun pahit......


Salam sejahtera buat pembaca sekalian.

Renungkan apa yang tertulis di dalam gambar.
Tidak semua yang kita inginkan kita akan dapat.
Tapi kita akan dapat apa yang sepatutnya.
Walaupun pahit pasti ada manis di akhirnya.
Teruskan berdoa pada Allah agar sentiasa tabah dan sabar.
Doalah padanya apa yang Dia ketahui baik untuk kita, permudahkan jalannya.
Doa jua padaNYA, apa yang Dia ketahui tidak baik untuk kita, jauhkanlah.
Sesungguhnya, hanya DIA yang mengetahui segala yang di hadapan.
Bukan kecewa atau sedih, cuma pasrah atas ketentuan yang ditetapkanNYA.
Tidak memohon dijauhkan masalah, cuma memohon diberikan kekuatan iman dan takwa.
Tidak memohon dihentikan perasaan, cuma memohon dikurniakan cinta yang utama.

Wednesday, March 6, 2013

peringatan

Salam pembaca sekalian. Apa khabar iman kita semua? Masih berada di takuk lama atau semakin merundum atau semakin meningkat?

~ Sebelum meneruskan ke hal lain, eloklah kita sama-sama sedekahkan AL-FATIHAH buat wira negara yang telah terkorban dalam mempertahankan negeri SABAH dari pencerobohan orang luar. Mereka telah berjuang habis-habisan. Semoga Allah meletakkan mereka di kalangan yang syahid. AL FATIHAH...

~ Tertarik dengan sebuah kata-kata yang berbunyi

  " Menegur jangan sampai menghina
Mendidik jangan sampai memaki
Meminta jangan sampai memaksa
Memberi jangan sampai mengungkit."

Seringkali kita lakukan perkara ini seiringan. Menegur dengan menghina, mendidik dengan memaki, meminta dengan memaksa, memberi kemudian mengungkit. Allahu. Di situ kita mungkin ada sedikit ketidakikhlasan dalam membuat sesuatu. Sukarnya untuk ikhlas kerana hati kita mungkin masih ada bintik-bintik hitam yang perlu dibersihkan dan disucikan. Sama-sama kita muhasabah diri kita sejauh manakah hati kita cinta akan Allah, tulus dan ikhals dalam melakukan segala pekerjaan tanpa ada sedikit keluhan.

~ Merenung kembali keadaan kewangan pada bulan ini, hati dan jiwa agak gusar dengan apa yang berlaku. Sebelum ini, segalanya teratur dan stabil, tapi sejak akhir-akhir ini seolah ada yang tidak kena dengan gaji yang diterima. Risau keberkatan rezeki tidak ada sehingga merasakan duit itu cepat mengalir seperti air terjun. Khuatir keredhaan ibu bapa, suami dan terutamanya Allah tiada dalam perolehan bulanan. Bagi membersihkan rezeki yang diterima, caranya hanya satu, bersedekah. Bulan ini sedekah perlu diperbanyakkan supaya rezeki yang diterima halal dan berkat.

~ Memberi jangan sampai mengungkit. Benar sekali penyataan ini. Apa sekali pun yang dibuat baik nampak dari fizikal atau hanya sekadar perlakuan tidak perlulah diungkit. Apabila diungkit, benda itu sangat menyakitkan bagi yang menerima. Apa kebaikan sekali pun yang kita buat, jangan pernah ungkit walaupun terkadang kita dibalas dengan kejahatan. Ungkit mengungkit memang akan boleh menghuru-harakan keadaan walau ia hanya sekelumit rasa tidak puas hati.

~ ya Allah, kurniakan kesabaran dan keikhlasan dalam hati kami untuk melakukan semua kebaikan selagi nyawa kami masih di badan. Ya Allah, jangan engkau biarkankami mengungkit, merungut segala kebaikan yang dibuat, khuatir hilang pahala dan redha Mu dalam kehidupan.

Just you

Assalamualaikum and good morning to all readers or bloggers. Alhamdulillah, we are still here and still could breath the fresh air that Allah gives freely to us. Alhamdulillah, we still have time to repent and ask for forgiveness from human and Himself. Alhamdulillah ya Allah.

Alhamdulillah, I have a great family. I have a loving Imam, and my handsome little boy. Both of them are very  precious in my life. Today my marriage is 4 years, 8 months, 2 weeks and 4 days. Alhamdulillah, I still here with my family even sometimes, both of us like cat and dog. Even a small thing, we can argue about it. After a while, we will hug each other and smile again. That is marriage. Smile, argue, sad, angry, loving will mix together.that is sweet and sour of our life as husband and wife. even sometimes, it will take a long period of time to smile each other, this will the best memory ever. 

This month, I have the greatest news ever after 3 years waiting for new child.
Praise Allah for all those thing.
Being in the most fragile month, i hope i can take care of her or him until the day that i can hear the sweet cry. the emotion must in a stable mode so they will always happy.

nothing too much to say, just a short poem for all my love

You bright my life with your smile
You make my day with your happiness
Your anger frighten me for a while
I always love you more not less

Run here and there
To be a healthy boy
Laugh day and night
A sweet melody for ear

Sick, sweat, blood and pain
Make me worried till the end
Never tell how i feel
Just want you to be strong


If I made you cry
Sorry cause I never mean it
If I made you happy
Thanks for the smile on your face


Thanks for being with me upside down

Only Allah can retreat you later

Love all of you very much