i'm in love...

Daisypath Anniversary tickers

our beloved son....

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Friday, December 20, 2013

~PENGHARAPAN SELAMANYA~

Salam sejahtera semua pembaca sekalian.

Tirai 2013 akan berlabuh 11 hari lagi. 2014 akan bermula dengan pelbagai aktiviti. Besar diharapkan segala aktiviti mampu dijalankan dengan jayanya.

Bulan terakhir dalam setiap tahun dalamnya ada tarikh yang bermakna. Tarikh lahir ke dunia untuk menjadi khalifah Allah, tarikh berakhirnya kehidupan sebagai anak dara, tarikh bermulanya kehidupan sebagai cerminan sang suami, tarikh bermulanya bersengkang mata untuk permata hati. Pelbagai peristiwa yang penting dalam hidup. Apabila diimbau, pasti indah setiap detik yang telah berlalu. Moga Allah berkati setiap masa yang akan dilalui pada tahun 2014.

Seminggu lepas, kelainan berlaku dalam kitaran 'teman baik', hairan dengan sistem badan sendiri. Tak pernah berlaku dalam diri kitar kucar kacir seperti bulan ini. Jauh di sudut hati memang mengharapkan agar dapat mengulangi fasa kehamilan 2011. Akhirnya teman baikku mengatakan biarkan sehingga 14 hari dan selepas itu ianya istihadah. Walaupun hanya sedikit, tapi isu solat sangat terganggu. Emosi turut termain sehingga berlaku salah faham.

Masih berharap dan akan terus berharap. Bersangka baik dengan Allah pasti Allah beri apa yang kita sangkakan terhadapnya. YA ALLAH, engkau maha pengasih maha penyayang, andai ada dalam rahimku, kuatkan ia, kukuhkan ia, sihatkanlah ia agar terus berkembang sehingga dewasa nanti. YA ALLAH, berikan kami rezeki anak yang mampu kami didik untuk terus berjuang dalam agama. Perkenankanlah doa ini ya Allah.